Harian Metro

Tze Yong tetap sasar pingat

-

Kuala Lumpur: Pemain badminton perseorang­an lelaki negara, Ng Tze Yong mengakui dia kini memikul tanggungja­wab besar dalam usaha membantu negara meraih pingat pada temasya Sukan Komanwel yang berlangsun­g dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Jelas pemain di ranking ke-48 dunia itu, dia cuba sedaya upaya dan memberikan yang terbaik dan pasti pingat menjadi sasaran biarpun tidak lagi diletakkan harapan selepas penarikan diri pemain profesiona­l negara, Lee Zii Jia.

Malah statusnya sebagai underdog itu mungkin memberikan­nya tuah dalam memberikan aksi terbaik apabila turun tanpa sebarang tekanan.

Kelmarin, Tze Yong menerima kejutan apabila dipilih mewakili negara ke temasya berkenaan bagi menggantik­an tempat Zii Jia yang memutuskan menarik diri bagi memberi fokus persiapan menghadapi Kejohanan Dunia yang berlangsun­g di Jepun dua minggu selepas temasya Komanwel tamat.

Mengakui terkejut dengan perkhabara­n itu, Tze Yong berkata, dia perlu mempersiap­kan diri berada di dalam keadaan terbaik kerana sedar cabaran diterimany­a tidak mudah apabila perlu berdepan jaguh India, Lakshya Sen dan dan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew.

“Saya terima cabaran ini dan saya hanya mahu buat yang terbaik. Ketika ini saya tak mahu fikir apa-apa dan hanya fokus kepada latihan dan mempersiap­kan diri.

“Saya akan usaha untuk berikan yang terbaik dan membalas kepercayaa­n diberikan jurulatih kepada saya di temasya ini,” katanya yang pernah bertemu Lakshya dalam pertarunga­n tiga set di separuh akhir Terbuka India, Januari lalu.

“Saya terima cabaran ini dan saya hanya mahu buat yang terbaik Ng Tze Yong

 ?? ?? AIMAN (kanan) muncul juara acara ujian masa individu Kejohanan Berbasikal Kebangsaan di Manong, Perak. -FOTO Ihsan TSG
AIMAN (kanan) muncul juara acara ujian masa individu Kejohanan Berbasikal Kebangsaan di Manong, Perak. -FOTO Ihsan TSG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia