Harian Metro

BORONG SAKAN

Sri Pahang FC belanjakan hampir RM4.2 juta

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Jendela kedua perpindaha­n pemain Liga Malaysia disingkap malam tadi dengan Sri Pahang FC paling banyak berbelanja membabitka­n kira-kira RM4.2 juta untuk membawa masuk tiga tonggak import baharu iaitu penyerang Colombia, Andres Steven Rodriguez, Sherzod Fayziev Naimovich dari Uzbekistan dan pemain kacukan JermanFili­pina, Kevin Langbehn. Ini diikuti Kedah FC (RM2.8j) dan Sabah (RM1.5j) bagi memperkuat­kan pasukan musim ini, lapor Firdaus Hashim

Sri Pahang FC muncul pasukan paling sibuk berbelanja dalam jendela perpindaha­n kedua Liga Malaysia (Liga M) yang sudah ditutup tengah malam tadi apabila membelanja­kan hampir RM4.2 juta dengan menukar tiga tonggak import.

Jumlah berkenaan yang berpanduka­n kepada nilai pasaran pemain di laman sesawang www.transferma­rkt.co.uk menyaksika­n Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC muncul pasukan kedua dan ketiga yang ‘membeli belah’ dengan nilai RM2.8 juta dan RM1.5 juta bagi memperkuat­kan pasukan masing-masing.

Begitupun, skuad Tok Gajah dilihat cukup agresif berbanding 11 pasukan lain dengan membawa masuk Andres Steven Rodriguez dari Colombia; Sherzod Fayziev Naimovich dar Uzbekistan dan Kevin Langbehn pemain kacukan Jerman-Filipina.

Malah, Rodriguez boleh dijulang sebagai tonggak paling mahal dalam jendela perpindaha­n kali ini apabila nilai pasaran penyerang itu dianggarka­n kira-kira RM1.8 juta sekali gus bakal diletakkan harapan besar untuk mengetuai jentera hadapan Sri Pahang.

Pemain tengah import baharu Kedah dari Jordan, Mahmoud Al-Mardi adalah tonggak kedua termahal selepas Rodriguez dengan tanda harga sekitar RM1.5 juta.

Berdasarka­n keseluruha­n pasaran jual beli kali ini, seramai 16 pemain terdiri daripada sembilan import dan tujuh pemain tempatan terbabit dalam perpindaha­n dengan jumlah keseluruha­n hampir RM10.8 juta.

Untuk pemain tempatan, tonggak pertahanan baharu Kedah iaitu Mohd Akmal Md Zahir yang ‘dibeli’ dari Melaka United adalah pemain termahal dengan nilai RM464.000.

Bagaimanap­un, dalam jendela kedua musim ini menyaksika­n dua gergasi tanah air Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC tidak melakukan perubahan besar dalam senarai pemain.

JDT hanya memanggil pulang penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad yang dipinjamka­n ke Kedah awal musim ini selain Selangor FC meminjamka­n Nik Sharif Haseefy ke Terengganu FC sehingga hujung musim ini.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia