Harian Metro

DOKTOR HARAM ROSAK WAJAH

Pakar estetik tak bertauliah warga Indonesia giat tawar khidmat kecantikan ditangkap

- Lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Mereka tiada tauliah namun giat tawar pelbagai rawatan kecantikan wajah di media sosial dengan bayaran mencecah ribuan ringgit. Setelah melakukan risikan selama beberapa bulan, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menumpaska­n kegiatan berkenaan yang berpusat di Subang Jaya, Selangor,

Mere“ka tiada kelayakan sebagai pengamal perubatan estetik Sumber

Kebolehan dimiliki tidak terjangkau dek akal apabila mereka mampu ‘mencipta’ sesuatu yang tidak pernah wujud secara semula jadi pada wajah manusia.

Apa sahaja diidamkan sama ada hidung mancung, lesung pipit palsu, bibir merah mungil, bulu kening kekal atau memutihkan kulit secara ekspres mampu dilakukan dengan caj bayaran ribuan ringgit.

Itu antara khidmat rawatan kecantikan estetik haram ditawarkan sekumpulan gadis warga Indonesia di sebuah premis kecantikan di Subang Jaya, Selangor, susulan risikan dan penyamaran dilakukan pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sejak beberapa bulan lalu.

Kegiatan menyalahi etika perubatan itu dibongkar susulan operasi khas dilakukan sekumpulan pegawai KKM bersama sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), baru-baru ini. berkata, rawatan estetik haram itu yang diiklankan melalui media sosial termasuk TikTok mendapat sambutan luar biasa membabitka­n golongan gadis, wanita bekerjaya, artis dan golongan orang kenamaan (VIP).

“Tanpa sebarang latar belakang pendidikan dalam bidang perubatan, rata-rata gadis ‘seberang’ berusia awal 20-an ini berlagak tidak ubah seperti doktor atau pengamal perubatan estetik bertauliah,” katanya.

Sumber berkata, ketika serbuan dilakukan jam 12 tengah hari, pihak KKM mendapati kumpulan wanita warga asing terbabit sedang memberi ‘rawaSumber tan’ kepada beberapa pelanggan tempatan.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati kesemua mereka tiada kelayakan sebagai pengamal perubatan estetik serta berani melakukann­ya secara haram.

“Rata-rata mereka memasuki negara ini dan menyalahgu­na pas pelancong sebelum diambil berkhidmat di pusat kecantikan itu. Berdasarka­n soal siasat awal, mereka mendakwa menerima latihan dan tunjuk ajar melakukan pelbagai bentuk rawatan itu dari pemilik premis yang juga bukan doktor bertauliah,” katanya.

Menurutnya, seorang lelaki yang dipercayai rakan kongsi pemilik premis berusia 30-an turut disoal siasat dan diambil keterangan.

“Pegawai KKM turut memeriksa tingkat tiga premis itu sebelum menemui bukti deretan katil yang digunakan ketika sesi rawatan pelanggan.

“Turut ditemui bukti pelbagai picagari, cecair kimia dan alatan khusus digunakan. Siasatan turut mendapati premis itu menawarkan perkhidmat­an veneer gigi, pendakap gigi dan pemutihan gigi secara haram.

“Semua barangan untuk rawatan estatik tidak berdaftar itu kemudian dirampas sebagai bahan bukti,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati setiap pelanggan yang mahu mendapatka­n khidmat di premis itu perlu membuat tempahan awal atau memperoleh­i nombor giliran.

“Ini membuktika­n khidmat rawatan estatik haram di premis itu mendapat sambutan hangat ramai pelanggan tempatan termasuk ada yang sanggup ‘terbang’ dari Sabah dan Sarawak.

“Susulan itu kelima-lima gadis warga asing terbabit ditahan pihak JIM untuk siasatan dokumentas­i. Di samping itu siasatan turut dilakukan KKM mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] kerana disyaki menyediaka­n Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) tidak berdaftar atau berlesen selaras dengan ketetapan Seksyen 3 dan / atau Seksyen 4, Akta 586 dan boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 5, akta sama.

“Mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen ini, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Tindakan pengusaha salun kecantikan itu jelas menyalahi undang-undang berikutan hanya pengamal perubatan berdaftar sahaja yang dibenarkan melaksanak­an apa-apa prosedur estetik di Malaysia,” katanya.

Pada 21 Februari lalu, seramai 21 wanita warga asing membabitka­n lima wanita Indonesia dan 16 wanita Vietnam ditahan pihak JIM selepas dikesan menawarkan rawatan kecantikan anggota badan dan juga perkhidmat­an rawatan pergigian secara haram.

 ?? ??
 ?? ?? SEMUA gadis warga asing terbabit ditahan imigresen untuk tindakan lanjut.
SEMUA gadis warga asing terbabit ditahan imigresen untuk tindakan lanjut.
 ?? ?? ANTARA peralatan yang dirampas.
ANTARA peralatan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia