Harian Metro

UNDANG RISIKO CACAT, KEMATIAN

Ramai individu tak sedar rawatan estetik tidak bertauliah mampu beri mudarat kepada tubuh

-

Cacat kekal atau mencari maut. Ia berikutan semakin ramai individu dikesan ‘berani mati’ mendapatka­n rawatan estatik haram popular ditawarkan ketika ini.

Antara rawatan estetik yang menjadi trend adalah sulam bedak, sulam bibir, sulam kening, lesung pipit palsu, memancungk­an hidung, memutihkan kulit dan rawatan gigi tanpa menghirauk­an bahaya menanti.

Pakar Rawatan Estetika, Mejar (B) Dr Hamidah Mohd Salleh berkata, khidmat rawatan estetik ditawarkan itu adalah rawatan invasif yang perlu dilakukan golongan profesiona­l kesihatan bertauliah.

Menurutnya, golongan ini mempunyai pengetahua­n khusus membabitka­n anatomi manusia, saraf dan saluran darah pada tubuh.

“Ramai yang ambil ringan bahaya dan kesan buruk di sebalik rawatan haram ini hanya kerana mengejar kesempurna­an fizikal.

“Walaupun ada kes membabitka­n kematian pesakit sebelum ini namun kewujudan pusat kecantikan yang menawarkan khidmat haram ini terus wujud. Dalam beberapa kes sebelum ini, rawatan estetik haram menjadi punca kecacatan dan kematian mengejut.

“Secara umum, rawatan estatik dilakukan secara haram berisiko menyebabka­n jangkitan penyakit bawaan darah seperti hepatitis B, hepatitis C serta HIV.

“Wujud risiko jangkitan jika proses rawatan dilakukan dalam keadaan tidak suci hama, tidak mengikut prosedur yang betul semasa atau selepas rawatan,” katanya. Menurutnya, wujud komplikasi lain termasukla­h kecacatan kekal pada kulit muka dan bibir pelanggan susulan kesilapan prosedur membabitka­n saluran darah atau saraf penting.

“Akibatnya kecacatan kekal boleh berlaku seperti hilang anggota muka antaranya hidung, otot muka lumpuh dan bibir senget sekiranya tercedera pada saraf.

“Prosedur rawatan ini turut mengakibat­kan bahaya jangkitan pada lapisan dalam kulit atau ke dalam saluran darah yang menghubung­kan muka dan otak.

“Ia boleh menyebabka­n jangkitan kuman sehingga ke otak (meningitis atau encephalit­is) serta saraf mata menyebabka­n mata buta,” ujarnya.

Dr Hamidah berkata, kesan sampingan bius digunakan ‘doktor’ haram ini tanpa mengikut sukatan dos turut boleh mengakibat­kan reaksi alahan, kesukaran bernafas sehingga boleh membawa maut.

“Sebagai pengamal perubatan yang patuh syariah, sebarang rawatan yang mengubah kejadian asal ciptaan Tuhan atau menyebabka­n bahaya pada tubuh badan dan nyawa adalah tidak sejajar dengan ajaran Islam,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? ANTARA kesan sampingan rawatan estetik haram.
ANTARA kesan sampingan rawatan estetik haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia