Harian Metro

MASUK NAIK PERAHU

51 Pati warga Myanmar ditahan selepas rentas Sungai Golok secara haram

- Oleh Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

Sekumpulan 51 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar sanggup bersusah payah menaiki perahu untuk merentas Sungai Golok namun akhirnya ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) ketika bersembuny­i di dalam semak di Kampung Sapi, Jeram Perdah di sini, jam 1 tengah hari kelmarin.

Difahamkan, warga asing terbabit masuk secara haram untuk bekerja dalam sektor perkilanga­n dan pembinaan di sekitar Lembah Klang.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, warga asing yang ditahan dalam Ops Wawasan itu membabitka­n 47 lelaki dan empat wanita berusia 17 sehingga 51 tahun.

“Ketika kejadian, anggota bertugas membuat rondaan di sekitar kawasan berkenaan sebelum mengesan kehadiran warga asing terbabit.

“Kesemuanya gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri ketika diminta berbuat demikian. Mereka disyaki memasuki sempadan negara secara haram melalui jalan sungai.

“Kesemuanya dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya pada kenyataan semalam.

 ?? ?? PATI warga Myanmar yang ditahan anggota PGA8 dalam kejadian di Kampung Sapi, Jeram Perdah, jam 1 tengah hari, kelmarin.
PATI warga Myanmar yang ditahan anggota PGA8 dalam kejadian di Kampung Sapi, Jeram Perdah, jam 1 tengah hari, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia