Harian Metro

Kes demam denggi di PP naik 30%

-

Georgetown: Kes demam denggi di Pulau Pinang menunjukka­n peningkata­n 30 peratus dengan sejumlah 282 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga minggu epid ke-24 berbanding tempoh sama pada tahun lalu yang mencatatka­n 217 kes.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, situasi itu tidak boleh sama sekali dipandang remeh memandangk­an trend peningkata­n kes denggi berlaku secara mendadak bermula minggu epid ke-19.

“Kita percaya dengan pembukaan semula sektor ekonomi dalam fasa peralihan endemik serta keadaan cuaca tidak menentu dan jenis kitaran serotaip virus denggi yang dalam komuniti menjadi faktor mempengaru­hi trend peningkata­n tersebut.

“Kita juga tidak boleh menafikan sikap sambil lewa dan pengabaian daripada aspek penjagaan kebersihan secara tidak sempurna terus menjadi penyumbang terbesar.

“Walaupun pihak berkuasa tempatan kerap menganjurk­an kempen kebersihan di kawasan wabak namun sambutan yang diterima lazimya dipandang sepi oleh sebahagian masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat negeri Pulau Pinang di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia