Harian Metro

Mat Kilau catat kutipan hampir RM3j

-

Kuala Lumpur: Selepas mencipta sejarah sebagai filem epik tempatan pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, Khamis lalu, filem Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan terus mencetus fenomena apabila mencatat kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari kedua tayanganny­a, kelmarin.

Sehingga hari ini, filem arahan Syamsul Yusof dan diterbitka­n Studio Kembara itu sudah mencatat kutipan hampir RM3 juta.

Syamsul, 38, ketika dihubungi berkata, kejayaan awal diraih filem itu adalah rezeki daripada Allah selain kerja keras yang sudah ditunjukka­n semua pelakon dan pasukan penerbitan sepanjang proses penggambar­an.

“Saya sebagai pengarah bersama pelakon dan pasukan penerbitan dengan rasa rendah diri, sangat bersyukur dengan pencapaian yang amat membanggak­an ini.

“Secara peribadi, saya dah banyak buat filem dan melalui fasa ini beberapa kali filem pecah rekod, jadi perasaan saya lebih pada menghargai karya saya selepas ini.

“Mengambil lebih serius dan terus belajar, belajar dan belajar demi memartabat­kan industri filem Melayu yang mungkin pada segelintir memandang rendah.

“Pada saya kita orang Melayu tak kira apa jua bidang sama ada filem atau bidang lain kita jangan memandang rendah terhadap jati diri sebagai orang Melayu.

“Kita juga hebat dan mampu bersaing dengan filem Hollywood lain. Kita mampu bersaing dengan dengan orang lain dalam apa juga bidang.

“Mat Kilau Kebangkita­n Pahlawan bukan saja pecah rekod pembukaan hari pertama, malah mengetepik­an filem Hollywood lain yang sedang ditayangka­n di Malaysia,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia