Harian Metro

55,000 KENA TINDAKAN!

JPJ rekod kesalahan pemilik kereta benarkan pemandu tiada lesen bawa kenderaan mereka

-

Sebanyak 55,000 kesalahan membabitka­n pemilik kenderaan yang membenarka­n pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Aedly Fadly Ramli berkata, pihaknya kesal dengan sikap ambil mudah sesetengah masyarakat yang berterusan melakukan kesalahan itu tanpa memikirkan risiko serta bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Menurut pemerhatia­n dan analisis terkini JPJ, tiada perubahan sikap dan tanggungja­wab yang ketara dalam kalangan pemilik kenderaan mengenai perkara itu dalam tempoh empat tahun kebelakang­an ini.

“Ia boleh dilihat dengan jelas apabila direkodkan 347,300 pemilik kenderaaan didapati membenarka­n individu tiada lesen membawa kenderaan mereka dari Januari 2019 hingga Mei tahun ini,” katanya selepas meninjau Operasi Bersepadu Kenderaan Perdaganga­n di Stesen Penguatkua­saan JPJ Kijal, malam kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Henry Sum dan Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin.

Aedly Fadly berkata, kebanyakan kesalahan membabitka­n ahli keluarga terutama ibu bapa yang membenarka­n anak termasuk di bawah umur memandu tanpa lesen dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

Juesteru, pihaknya mengingatk­an orang awam supaya mengambil serius perkara berkenaan kerana pemilik yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu denda tidak

‘ Ia boleh dilihat dengan jelas apabila direkodkan 347,300 pemilik kenderaaan didapati membenarka­n individu tiada lesen membawa kenderaan mereka dari Januari 2019 hingga Mei tahun ini”

Aedly Fadly Ramli

kurang RM300 dan maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu JPJ juga boleh mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik kenderaan melalui tindakan penyitaan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Zulkarnain berkata, sebanyak 580 kenderaan diperiksa dalam operasi dijalankan bersama Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan

(AADK).

Daripada pemeriksaa­n itu, 133 kenderaan diberi notis atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.

 ?? ?? AEDLY (kanan) bersama Henry (tengah) pada Operasi Bersepadu Kenderaan Perdaganga­n di Stesen Penguatkua­saan JPJ di Kijal, Kemaman.
AEDLY (kanan) bersama Henry (tengah) pada Operasi Bersepadu Kenderaan Perdaganga­n di Stesen Penguatkua­saan JPJ di Kijal, Kemaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia