Harian Metro

JKNS arah 37 premis makanan ditutup 14 hari

-

Shah Alam: Sebanyak 408 notis berkaitan pelbagai kesalahan dengan tawaran kompaun bernilai RM222,800 dikeluarka­n Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi operasi khas secara bersepadu yang dilaksanak­an di beberapa kawasan di negeri berkenaan selama dua hari sejak Rabu lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, operasi itu diadakan bagi menguatkua­sakan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, bersama dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Beliau berkata, operasi yang menyasarka­n premis makanan di Kajang, Bangi dan kawasan sekitarnya, membabitka­n 106 anggota jabatan itu.

“Bagi penguatkua­saan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, sebanyak 37 premis makanan ditutup selama 14 hari dan 283 notis kesalahan dikeluarka­n dengan tawaran kompaun bernilai RM192,900.

“Bagi penguatkua­saan PPKHT 2004, sebanyak 125 notis kesalahan dikeluarka­n dengan tawaran kompaun bernilai RM 30,900, dengan pelbagai kesalahan antaranya merokok di tempat makan dan kegagalan mempamerka­n tanda larangan merokok di premis,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, sekiranya Orang Yang Dikenakan Notis atau ditawarkan kompaun berkenaan tidak menjelaska­n bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan pendakwaan di mahkamah akan diambil.

“Diharapkan melalui operasi ini dapat meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai kesalahan merokok di semua kawasan larangan merokok, khususnya di premis makanan dan tumpuan orang awam selain dapat memastikan tahap kebersihan premis makanan berada di tahap yang optimum,” katanya.

“Diharapkan melalui operasi ini dapat meningkatk­an kesedaran orang ramai Dr Sha’ari Ngadiman

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia