Harian Metro

54,000 PENGGUNA TERIMA MANFAAT

Kluster Pelanconga­n Minat Khas tawar pakej pelanconga­n, baucar menarik dengan sasaran jualan bernilai RM6,753,420

- Oleh Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my

Pelan Pemulihan Pelanconga­n 2022 bagi Kluster Pelanconga­n Minat Khas yang dilancarka­n Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia, bakal memanfaatk­an 54,000 rakyat Malaysia.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, berkata Pelan Pemulihan Pelanconga­n 2022 bagi Kluster Pelanconga­n Minat Khas mencakupi segmen taman tema, selam skuba dan inap desa.

“Pelan Pemulihan Pelanconga­n 2022 adalah kesinambun­gan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) iaitu salah satu inisiatif bawah Pelan Pemulihan Industri Pelanconga­n membabitka­n penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

“Ketiga-tiga inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada 54,000 pengguna membabitka­n penawaran pakej pelanconga­n dan baucar menarik dengan sasaran jualan bernilai RM6,753,420.

“Penganjura­n kali ini membabitka­n kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA), Persatuan Penyelam Skuba Malaysia (MSDA) serta Persatuan Kampungsta­y & Homestay Malaysia (MKHA),” katanya pada Majlis Pelancaran Program Minat Khas bawah Pelan Pemulihan Pelanconga­n 2022 di sini, kelmarin.

Melalui pelan pemulihan itu, Nancy berkata, Keluarga Malaysia boleh mendapatka­n diskaun hingga 40 peratus dan e-baucar bernilai RM10 bagi setiap pembelian tiket masuk ke taman tema serta pusat hiburan keluarga terbabit hingga 2 Oktober depan.

Beliau berkata, setiap pengguna layak melakukan penebusan maksimum tiga kali di tiga taman tema atau pusat hiburan keluarga berlainan dan pembelian perlu dibuat melalui laman web: www.tickets.matfa.org.my.

“Kempen Jom Dive 2.0 pula menawarkan diskaun sebanyak RM400 bagi setiap pembelian pakej selam skuba berharga RM1,000 dan ke atas dalam satu transaksi melalui laman web: www.xtvt.com.my.

“Tawaran ini terhad kepada 1,994 pembeli pertama berdasarka­n terma dan syarat ‘siapa cepat, dia dapat’.

“Bawah kempen Jom Cuti di Homestay, pengguna layak menikmati rebat sebanyak RM50 hingga RM300 bagi setiap pembelian pakej berharga RM100 dan ke atas, dengan penebusan maksimum hingga tiga kali,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 150 pakej ditawarkan dalam portal: jomhomesta­y.my membabitka­n 67 kluster pengusaha inap desa di seluruh Malaysia dengan tempoh sah laku hingga 31 Disember depan.

“Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan dengan melayari laman web Tourism Malaysia: www.malaysia.travel,” katanya.

Sementara itu pada sidang media kemudian pula, beliau mengulas persediaan MOTAC dalam menerima kedatangan pelancong susulan kenyataan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung jangkaan gelombang baharu Covid-19.

“Kita akan mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak KKM.

“Kita akan memantau perkembang­an terkini mengenai kes yang mungkin akan diumumkan.

“MOTAC tidak boleh mengambil ringan perkara ini, kita sentiasa berwaspada dan akan bekerjasam­a dengan pemain industri untuk mengemas kini arahan lanjut kepada mereka.

“Kita berharap Malaysia dilindungi dan tidak mengalami kepayahan seperti sebelum ini,” katanya.

 ?? ?? NANCY (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran Kluster Pelanconga­n Minat Khas di bawah Pelan Pemulihan Pelanconga­n 2022. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
NANCY (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran Kluster Pelanconga­n Minat Khas di bawah Pelan Pemulihan Pelanconga­n 2022. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia