Harian Metro

28 menu untuk jemaah Malaysia musim haji 1443 Hijrah

-

‘ Kesemuanya 28 jenis menu mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum menu yang sama diulang agar jemaah tidak berasa jemu”

Syed Saleh

Makkah: Daging gulai kawah, nasi beriani, ayam percik dan sambal sotong, adalah antara 28 menu yang disajikan kepada jemaah Malaysia sepanjang musim haji 1443 Hijrah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata setiap tahun pihaknya melakukan perancanga­n awal dalam menentukan menu makanan jemaah selain mengekalka­n piawaian ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

“Kesemuanya 28 jenis menu, menunjukka­n sekurang-kurangnya ia mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum menu yang sama diulang agar jemaah tidak berasa jemu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas melawat tiga dapur yang dikhaskan untuk memasak makanan jemaah Malaysia iaitu Dapur Retaj, Makkah Kitchen dan Dapur Al Wafa.

Ketiga-tiga dapur itu dikendalik­an oleh dua cef profesiona­l dari Malaysia dan selain bahan segar, mereka turut menggunaka­n rempah pracampur hasil penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) unit operasi katering Tabung Haji (TH).

Syed Saleh berkata penggunaan rempah itu mampu mengekalka­n rasa yang sama pada setiap hidangan apatah lagi penyediaan makanan melibatkan jumlah banyak serta perlu disiapkan tepat pada waktunya.

“Kita juga memastikan bukan sahaja cita rasa (dipenuhi) tetapi juga dapur ini mengikut piawaian kebersihan, keselamata­n makanan, penyediaan yang mematuhi standard,” katanya dan menambah antara pihak yang memastikan piawaian itu dipenuhi ialah pasukan katering TH Travel & Services serta pasukan perubatan di bawah Unit Kesihatan Awam dan Unit Khidmat Luar TH.

Beliau berkata pihak Arab Saudi juga memantau persediaan makanan di dapur menerusi Unit Perbandara­n Kota Makkah, selain mengenakan syarat ketat terutama dari sudut kebersihan.

Sementara itu, bagi mereka di Pusat Rawatan Syisyah TH, makanan disediakan oleh cef yang dilantik di situ dengan mengambil kira pesakit yang perlu dipantau pemakanan mereka.

Tegasnya, pihak TH menitikber­atkan penjagaan kesihatan dan keperluan nutrisi para jemaah agar mereka sihat dan dapat melaksanak­an ibadah dengan selesa sepanjang berada di Tanah Suci.

Dalam pada itu, Cef Mohd Kamarulzam­an Mad Rodi dan Cef Mohd Effendi Jamaluddin berkata mereka menggunaka­n bahan mentah dan sayur-sayuran segar yang dibeli daripada peniaga tempatan dan disimpan dalam peti ais berteknolo­gi tinggi.

 ?? ?? SYED Saleh (tiga dari kanan) menyambut ketibaan 291 jemaah dari Madinah di Hotel Land Premium.
SYED Saleh (tiga dari kanan) menyambut ketibaan 291 jemaah dari Madinah di Hotel Land Premium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia