Harian Metro

ELAUN RM4,733 TAK CUKUP!

Pelajar bekerja sambilan sebagai tukang cuci pejabat untuk tampung hidup di UK

- Oleh Redzuan Muharam am@hmetro.com.my

Demi kelangsung­an hidup di perantauan, Ahmad Hisan Abqary Muhammad Hanif atau mesra disapa Qarey sanggup bekerja sebagai tukang cuci pejabat.

Qarey, 21, yang menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Elektrik dan Kejurutera­an Elektronik di Universiti Manchester di sini mengakui pekerjaan itu dilakukan secara sambilan sejak tiga bulan lalu.

Biarpun menerima elaun bulanan sebanyak 880 pound sterling (RM4,733) daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Qarey nekad melakukan pekerjaan sambilan kerana mahu berdikari dan enggan membebanka­n ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan yang menyara lima lagi adiknya.

“Saya tiba di United Kingdom (UK) September tahun lalu dan tiga bulan pertama hanya fokus dengan pengajian saja.

“Selepas melakukan pengiraan perbelanja­an dan kos sara hidup, saya dapati memang tidak cukup jika hanya bergantung dengan elaun bulanan daripada Mara kerana selepas ditolak tambah hanya tinggal lebih 100 pound sterling (kira-kira RM539) saja.

“Ia kerana elaun itu juga perlu digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak 390 pound sterling (RM2,104) sebulan dan demi bertahan, saya cuba cari kerja dengan minta tolong daripada kawan ayah yang menetap dekat sini.

“Kebetulan, ada kekosongan kerja sebagai tukang cuci di satu tingkat dekat pejabat kawan ayah bekerja jadi saya cuba mohon dan rezeki saya diterima bekerja,” katanya.

Menurut Qarey, pekerjaan sambilan itu tidak mengganggu pembelajar­annya kerana kuliah lazimnya tamat jam 5 petang manakala waktu kerjanya bermula jam 6 petang.

Katanya, tempoh bekerja pula hanya dua jam iaitu sehingga 8 malam saja jadi tidak membebanka­nnya yang bakal memasuki tahun kedua pengajian pada September nanti.

“Selepas tamat kuliah, saya terus berbasikal ke tempat kerja dan begitulah rutin saya sepanjang lima hari setiap minggu sejak tiga bulan lalu.

“Walaupun kerja hanya dua jam saja namun memang penat kerana saya perlu bersihkan satu tingkat pejabat daripada meja hingga ke tandas.

“Bagaimanap­un, kerja setakat ini berjalan lancar, malah saya bersyukur kerana ada majikan memahami dan tidak keberatan beri kelonggara­n untuk solat ketika bekerja selain rakan sekerja yang baik,” katanya.

Menurut Qarey, dia tiada masalah melakukan kerja sebagai tukang cuci kerana ada pengalaman sama ketika bekerja di inap desa di kampungnya di Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, gaji bulanan 450 pound sterling (RM2,428) yang diterima juga berbaloi dan akui ia amat meringanka­n bebannya sejak menetap di perantauan dan berjauhan dengan keluarga.

“Hasil pendapatan itu, saya dapat kirimkan wang kepada keluarga di kampung dan belanja rakan di sini.

“Duit gaji itu juga dapat saya gunakan bagi membeli apa diinginkan seperti kamera, pakaian, minyak wangi dan kasut.

“Boleh dikatakan, hidup saya tak berasa sempit sejak bekerja dan merancang untuk terus bekerja sehingga dapat peluang menjalani latihan industri kelak,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian sehingga ke peringkat doktor falsafah jika ada rezeki.

“Hasil pendapatan, saya dapat kirimkan wang kepada keluarga di kampung Qarey

 ?? ?? GAMBAR kenangan Qarey bersama keluargany­a.
GAMBAR kenangan Qarey bersama keluargany­a.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia