Harian Metro

Tiga botol minyak masak setiap keluarga

-

Kuala Lumpur: Kebanyakan pasar raya di Lembah Klang kini mengehadka­n pembelian tiga botol minyak masak botol untuk setiap keluarga.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Ampang, Gombak dan Bangsar mendapati tertera notis terhad kepada tiga botol setiap keluarga di setiap rak botol minyak masak botol dua hingga lima kilogram.

Jurujual pasar raya di Ampang dikenali sebagai Anis berkata, dia dimaklumka­n oleh pihak pengurusan untuk memantau pelanggan di bahagian minyak masak bagi mengelak pembelian yang melebihi had.

“Kami dimaklumka­n pengurusan juga menerima arahan daripada kementeria­n (Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan mengelak berlaku pembelian panik.

“Setakat ini, semua pelanggan akur dengan arahan dan hanya membeli dalam kuantiti dihadkan,” katanya.

Ditanya mengenai minyak masak berpaket satu kilogram, Anis berkata, setakat ini stok untuk minyak masak itu sentiasa ada dan tidak putus.

“Setiap kali kami letak saja dirak memang habis dan kita akan mengeluark­an stok baru,” katanya.

Pendapat sama turut disuarakan seorang jurujual pasar raya di Bangsar dikenali sebagai Ahmed yang mengatakan setiap pelanggan dihadkan pembelian tiga botol minyak masak saja.

“Tetapi kebanyakan pelanggan lebih memilih membeli minyak masak paket kerana harganya lebih murah.

“Tidak berlaku langsung pembelian panik setakat hari ini,” katanya. Ahmed berkata, orang ramai memilih membeli minyak masak paket berikutan harganya jauh lebih rendah iaitu RM2.50 1kg berbanding minyak botol berharga lebih RM12 untuk 2kg bergantung kepada jenama.

“Bagi memastikan stok minyak berkenaan mencukupi, pembelian terpaksa dihadkan tidak lebih tiga paket bagi setiap pengguna,” katanya.

Bagi peniaga goreng pisang, Hapsah Ali, 40, berkata, dia lebih gemar menggunaka­n minyak masak paket kerana harganya lebih murah berbanding minyak masak botol.

“Tetapi saya jangkakan selepas 1 Julai, bekalan minyak masak paket juga susah nak dapat kerana permintaan yang tinggi daripada peniaga.

“Setakat hari ini juga, ada sesetengah kedai dan pasar raya sudah mengehadka­n setiap pengguna hanya dibenarkan membeli tiga paket untuk setiap pembelian.

“Bermula Julai nanti, mungkin mereka akan hadkan lagi kuantiti pembelian,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumka­n subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram dimansuhka­n bermula 1 Julai ini.

Tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilk­an harga.

 ?? ?? MINYAK masak dalam paket jadi tumpuan pembelian berbanding dalam botol berikutan harganya lebih murah.
MINYAK masak dalam paket jadi tumpuan pembelian berbanding dalam botol berikutan harganya lebih murah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia