Harian Metro

Peniaga beri alasan bekalan belum sampai

-

Georgetown: Bekalan minyak masak belum sampai dan bekalan habis, itu antara alasan diberikan beberapa peniaga kedai runcit di sini.

Alasan itu diberi ketika pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melakukan tinjauan bekalan minyak masak, semalam.

Pegawai Pendidikan CAP NV Subbarow berkata, peniaga juga berasa ragu sama ada bekalan itu benar-benar tidak mencukupi atau ada isu di sebaliknya.

“Peniaga memberi alasan kehabisan stok minyak masak dan stok belum sampai, malah mereka juga ragu-ragu sama ada benar pembekal tidak mempunyai stok.

“Kita bimbang sekiranya berlaku aktiviti ‘sorok minyak’ dalam kalangan peniaga di ‘kedai besar’ dan menjualnya semula pada pada harga lebih tinggi bermula 1 Julai nanti,” katanya ketika ditemui di Pejabat CAP.

Menurutnya, alasan yang sama juga diberi peniaga ketika CAP membuat tinjauan harga ayam dan telur ayam sebelum ini.

Tambahan pula dengan pengumuman pemansuhan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) serta penetapan harga siling baharu ayam mulai 1 Julai hadapan sudah tentu ia memberi kesan kepada umum.

Subbarow berkata, kerajaan dan agensi berkaitan perlu mengambil tindakan tegas terhadap aduan pengguna bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Keputusan pemansuhan itu memang tidak sesuai pada masa ini dan kita jangka harga barangan akan meningkat melebihi 20 peratus.

“Pada masa ini, pengguna perlu bijak berbelanja misalnya memasak sendiri makanan di rumah dan menggantik­an menu ayam dengan pelbagai jenis ikan yang lebih murah dan berzat.

“Memang pada mulanya kita akan berasa sedikit sukar namun akan menjadi kebiasaan jika kita mengamalka­nnya,” katanya.

Sehubungan itu, CAP mencadangk­an supaya kerajaan menyediaka­n satu sistem yang berkesan bagi memudahkan golongan B40 mendapatka­n dan membeli bahan keperluan dapur.

Katanya, sistem berkenaan perlu dijalankan di lokasi yang mana golongan B40 mudah mendapatka­n barangan itu.

 ?? ?? PELBAGAI jenama minyak masak dijual di sebuah pasar raya borong di Subang Jaya. - Gambar NSTP/ASWADI ALIAS
PELBAGAI jenama minyak masak dijual di sebuah pasar raya borong di Subang Jaya. - Gambar NSTP/ASWADI ALIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia