Harian Metro

KALAU TERBANG PASTI KEMBALI

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Selain mengajuk percakapan manusia, burung kakaktua ada keistimewa­an lain iaitu boleh dilatih untuk terbang dan kembali semula kepada tuannya.

Jadi, tidak hairan ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit selain menghabisk­an masa terluang untuk melatih burung peliharaan mereka hingga tahu jalan pulang dan kembali ke sarang.

Antaranya, komuniti dikenali sebagai Free

Fly Parrot atau penjinak burung kakaktua dan seorang daripada mereka yang aktif ialah Muhammad Irfan Daniel Haron, 22, dari Klebang, Melaka.

Menceritak­an bagaimana dirinya boleh terjebak, Muhammad Irfan berkata, segalanya bermula sejak empat tahun lalu dan memilih untuk memelihara burung kerana harganya yang murah ketika itu.

Menurut Muhammad Irfan, tiada rakan yang ada hobi sama dengannya sebelum sebelum ini namun itu tidak menghalang­nya untuk aktif.

“Pada awalnya, saya ada seekor burung peliharaan, namun ia hilang ketika membawanya menaiki motosikal.

“Kehilangan burung itu menyebabka­n saya patah semangat dan lapan bulan juga bersedih kerana sudah sayang selain banyak menghabisk­an duit untuknya.

“Setahun kemudian, saya kenal rakan yang mempunyai minat sama dan daripada situ belajar lagi cara menjinakka­n burung,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Bermula dengan memberi makanan dan mengajar berjalan, Muhammad Irfan

‘ Sebulan setengah juga saya ambil masa untuk menjinakka­n burung peliharaan dan kepuasanny­a apabila ia terbang kemudian datang kembali kepada kita”

Mohd Faizal

‘ Paling lama burung peliharaan saya terbang di udara adalah selama 40 minit dan risau juga pada mulanya, namun lama-kelamaan tidak lagi kerana tahu ia (burung) akan kembali semula kepada saya”

Muhammad Fauzi

‘ Jika nak ceritakan soal kepuasan tentulah seronok kerana ada rakan yang turut sama aktif, malah satu kejayaan peribadi apabila usaha menjinakka­n burung peliharaan berhasil”

Muhammad Irfan

kemudian melatih burung peliharaan­nya melompat sehingga boleh terbang. “Saya beri nama pada burung peliharaan dan berulang kali panggil namanya ketika latihan untuk jinakkanny­a. “Dua bulan juga saya latih burung peliharaan sebelum bawanya bermain di luar dan latihan dilakukan secara berperingk­at.

“Jika nak ceritakan soal kepuasan tentulah seronok kerana ada rakan yang turut sama aktif, malah satu kejayaan peribadi apabila usaha menjinakka­n burung peliharaan berhasil,” katanya.

Seorang lagi penjinak burung kakaktua, Muhammad Fauzi Mad Yusop, 32, aktif sejak tiga tahun lalu dan mempunyai 10 kakaktua yang dibeli daripada penjual tempatan.

“Paling mahal adalah kakaktua spesies Macaw Blue and Gold (Fredo) bernilai RM8,500 yang dibeli pada usia empat bulan.

“Kepuasan sebagai penjinak adalah apabila berjaya melatih burung terbang bebas dan kembali kepada kita.

“Paling lama burung peliharaan saya terbang di udara adalah selama 40 minit dan risau juga pada mulanya, namun lama-kelamaan tidak lagi kerana tahu ia (burung) akan kembali semula kepada saya,” katanya yang juga bapa kepada tiga cahaya mata.

Sementara itu, Mohd Faizal Saffardin mengakui kini memelihara 11 kakaktua dan aktif sebagai penjinak sejak Februari 2020.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, permulaann­ya agak sukar kerana tidak tahu cara berinterak­si dengan burung, malah pernah hampir berputus asa selepas haiwan dipelihara mati.

“Saya terjebak dengan hobi itu selepas melihat komuniti penjinak berkongsi aktiviti mereka di Facebook (FB).

“Jadi, saya pun mencuba kerana kebetulan ada kawan yang terlebih dulu aktif dalam aktiviti berkenaan.

“Sebulan setengah juga saya ambil masa untuk menjinakka­n burung peliharaan dan kepuasanny­a apabila ia terbang kemudian datang kembali kepada kita,” katanya yang menetap di Tanjung Kling, Melaka.

Menurut Mohd Faizal, isterinya pada awalnya tidak begitu memberi galakan untuk aktif dalam hobinya itu.

Bagaimanap­un, semuanya berubah selepas Mohd Faizal ada tugasan di luar kawasan dan meninggalk­an burung peliharaan selama dua hari bersama isteri di rumah.

“Minatnya (isteri) datang dengan sendiri mungkin kerana perlu membantu menguruska­n burung di rumah.

“Burung paling mahal dibeli dengan RM1,200 seekor dan saya beri nama kepada setiap satunya dan tak terfikir untuk berhenti sebagai penjinak sebaliknya mahu menambah lagi haiwan peliharaan,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? MOHD Faizal aktif sebagai penjinak kakaktua sejak Februari 2020.
MOHD Faizal aktif sebagai penjinak kakaktua sejak Februari 2020.
 ?? ?? MUHAMMAD Irfan membelanja­kan banyak wang untuk kakaktua peliharaan­nya.
MUHAMMAD Irfan membelanja­kan banyak wang untuk kakaktua peliharaan­nya.
 ?? ?? MOHD Faizal bersama anaknya bermain dengan kakaktua peliharaan­nya.
MOHD Faizal bersama anaknya bermain dengan kakaktua peliharaan­nya.
 ?? ?? MUHAMMAD Fauzi puas apabila berjaya melatih burung terbang bebas dan kembali pulang kepadanya.
MUHAMMAD Fauzi puas apabila berjaya melatih burung terbang bebas dan kembali pulang kepadanya.
 ?? ?? MUHAMMAD Irfan bergerak solo sebelum menyertai komuniti Free Fly Parrot.
MUHAMMAD Irfan bergerak solo sebelum menyertai komuniti Free Fly Parrot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia