Harian Metro

Isham dilantik Ahli MT Umno

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno malam kelmarin.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Isham menggantik­an Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang digugurkan sebagai ahli MT.

“Isham dilantik Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mengangkat sumpah hari ini (semalam) ,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Ahli MT Umno yang dipengerus­ikan Ahmad Zahid di Menara Dato Onn, di sini.

Isham, 46, sebelum ini digugurkan daripada jawatannya sebagai Ketua Penerangan

BN Selangor oleh BN negeri itu.

Ahmad berkata, Mesyuarat MT Umno juga mencadangk­an Lembaga Unggas Negara wajar dipertimba­ng untuk diwujudkan bagi menangani isu ayam, sekali gus mengelakka­n manipulasi pihak kartel berkepenti­ngan.

 ?? ?? ISHAM
ISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia