Harian Metro

3 nahas seminggu akibat kejar trip

-

Shah Alam: Anggaran tiga ke empat kes kemalangan dilaporkan secara mingguan berlaku dalam kalangan penunggang p-hailing di negara ini kerana terlalu penat bekerja serta terikat dengan sistem aplikasi.

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor berkata, selain itu kurangnya kesedaran mengenai tahap keselamata­n antara punca utama berlaku kemalangan babit golongan terbabit.

“Rata-rata mereka bekerja melebihi empat jam tanpa henti demi mengejar trip dan tempahan sehingga kepenatan dan akhirnya mengakibat­kan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Penghantar dan Persatuan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) di sini, semalam.

MoU tersebut ditandatan­gani Zulhelmi mewakili Penghantar manakala MSOSH diwakili Presidenny­a Dr Shawaludin Husin, yang bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai keselamata­n dan kesihatan dalam kalangan penunggang p-hailing.

“Kerjasama ini bagi menyokong polisi keselamata­n dan kesihatan Penghantar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia