Harian Metro

Harian Metro ungguli dua hadiah utama MWM 2022

-

Kuala Lumpur: Akhbar Harian Metro (HM) membolot dua hadiah utama pada Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2022, Hadiah Kewartawan­an Malaysia MPIPetrona­s 2021, kelmarin.

Laporan lengkap oleh Amir Abd Hamid, Muhaamad Hafis Nawawi dan Azrul Affandi Sobry mengenai peranan barisan hadapan negara yang bertugas untuk pengendali­an mayat termasuk dari mula menerima jenazah sehingga dikebumika­n ketika pandemik Covid-19 terpilih pemenang emas kategori Laporan Berita Cemerlang.

Selain merasai sendiri kepanasan menggunaka­n pakaian peralatan perlindung­an diri dan melihat proses bedah siasat, ramai pihak ditemu bual termasuk kakitangan bilik mayat, pakar perubatan forensik, pakar radiologi Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), pengurus jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), petugas tanah perkuburan serta waris korban Covid-19 bagi menghasilk­an berita berkualiti untuk tatapan pembaca HM.

HM juga mengekalka­n penguasaan hadiah utama bagi tahun keenam berturut-turut dalam kategori Infografik Terbaik, kali ini pemenang emas menerusi kolaborasi mantap pereka grafik Nor Salim Mohamed Dawam dan wartawan Nor ‘Asyikin Mat Hayin yang menghantar penyertaan bertajuk Permainan Warisan Zaman.

Pemenang emas membawa pulang trofi, RM10,000 dan sijil.

HM mendapat hadiah pemenang perak berupa sijil dan wang tunai RM1,500 menerusi kategori Infografik Terbaik oleh pereka grafik Zul Fadhli Kamarrudin dan wartawan Nor ‘Asyikin Mat Hayin yang menghantar penyertaan bertajuk Air Mata Darah di Palestin.

HM juga memenangi gangsa dengan menerima wang tunai RM1,000 dan sijil menerusi kategori Desain Halaman Pertama Terbaik oleh Pengarang Grafik, Khairil Shahriman Maarup.

Turut memenangi gangsa, Penolong Pengarang Berita, Mohd Saipul Adli Mohamad dalam kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang Cemerlang.

Skuad Khas Harian Metro dianggotai Mohd Firdaus Ibrahim, Muhammad Saufi Hassan, Yusmizal Dolah Aling, Muhaamad Hafis Nawawi,

Amir Abd Hamid dan Hafidzul Hilmi Mohd Nor turut merangkul gangsa dalam kategori Kewartawan­an Penyiasata­n Cemerlang.

Berita Harian (BH) turut cemerlang apabila memenangi emas Kategori Hadiah

Wartawan Muda A Samad Ismail - Cetak dan TV menerusi Ahmad Suhael Ahmad Adnan dengan hadiah trofi, RM5,000 dan sijil.

TV3 juga unggul mendapat emas dalam Kategori Dokumentar­i Video Terbaik menerusi laporan bertajuk Predator Darat yang membawa pulang trofi RM5,000 dan sijil.

Bagi Kewartawan­an Foto Cemerlang dimenangi New Straits Times (NST) menerusi Aizuddin Saad yang memenangi perak.

Tiada karya yang mempunyai ciri-ciri melayakkan meraih Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi kewartawan­an di Malaysia.

Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2022, Hadiah Kewartawan­an Malaysia MPI - Petronas 2021 dihadiri pemimpin dan pengamal media.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengerusi MWM 2022 Datuk Dr Chamil Wariya, Pengarang Eksekutif (Kandungan) HM Muhamad Safar Ahmad, Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n) HM Yusri Abdul Malek, Pengarang Berita Kanan HM Sufian Thauri Muhammed, Pengarang Berita HM Noor Azam Ab Aziz, Pengarang Kumpulan BH Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Pengarang Kumpulan NST, Ahmad Lokman Mansor.

 ?? ?? PEMENANG Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2022, Hadiah Kewartawan­an Malaysia MPI-Petronas 2021 daripada Harian Metro bergambar bersama sebahagian pengamal media. - Gambar NSTP/ASWADI ALIAS
PEMENANG Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2022, Hadiah Kewartawan­an Malaysia MPI-Petronas 2021 daripada Harian Metro bergambar bersama sebahagian pengamal media. - Gambar NSTP/ASWADI ALIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia