Harian Metro

TAWARAN MENARIK!

NSTP meriahkan Karnival Jom Heboh dengan pelbagai aktiviti buat pengunjung

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Bersempena penganjura­n Karnival Jom Heboh (KJH) di Anjung Floria, Presint 4 di sini, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan barangan istimewa pada harga berpatutan.

NSTP yang mewakili cabang percetakan Media Prima Berhad menampilka­n tiga akhbar keluaranny­a iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Dalam acara bermula 8.30 pagi hingga lewat malam itu, pelbagai aktiviti menarik dan hadiah istimewa disediakan kepada pengunjung bertuah yang turut serta dengan hanya RM10.

Lebih istimewa, beg cenderahat­i juga diberikan kepada pengunjung yang mengandung­i tiga edisi cetakan akhbar dan pelbagai barangan yang secara kolektif bernilai lebih daripada RM50.

Sesi pelancaran khemah NSTP itu disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Mustapha Kamil Mohd Janor.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan BH Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an; Pengarang Kumpulan NST Ahmad Lokman Mansor; Pengarang Eksekutif (Kandungan) HM Muhamad Safar Ahmad dan Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n) HM Yusri Abdul Malek.

Ahmad Zaini berkata, ini adalah penyertaan pertama NSTP dalam KJH di Putrajaya,

ibu kota pentadbira­n Malaysia dan ia akan menjadi hujung minggu yang istimewa untuk orang ramai mengenali NSTP dengan lebih dekat.

Menurutnya, orang ramai berpeluang mengetahui bagaimana tiga akhbar di bawah NSTP menyampaik­an maklumat dan berkongsi berita yang tepat selain mengukuhka­n kehadiran jenama NSTP di pasaran.

“Pengunjung KJH boleh datang ke booth NSTP dan kita memberi maklumat mengenai apa yang kita ada

berita‘ termasuk e-paper yang boleh didapati secara atas talian melalui komputer, tablet dan telefon bimbit.

“Maklumat yang kita sampaikan dapat membantu rakyat mendapatka­n yang tepat dan yang pentingnya bukan berita palsu,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu, semalam.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, ribuan pengunjung mengunjung­i khemah

NSTP untuk bermain permainan pesta menyeronok­kan termasuk bergambar dengan badut, menyertai aktiviti melukis selain mendapatka­n bertih jagung serta gula-gula kapas.

Ahmad Zaini berkata, NSTP

Pengunjung KJH boleh datang ke booth NSTP dan kita memberi maklumat mengenai apa kita ada termasuk e-paper yang boleh didapati secara atas talian”

Ahmad Zaini

turut membuat penampilan istimewa semalam iaitu penyanyi, Haiza yang akan meluangkan masa untuk bertemu serta bertegur sapa dengan semua pengunjung yang hadir.

 ?? ?? MUSTAPHA Kamil memotong belon merasmikan gerai pameran NSTP di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Putrajaya, semalam. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
MUSTAPHA Kamil memotong belon merasmikan gerai pameran NSTP di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Putrajaya, semalam. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
 ?? ?? PELBAGAI aktiviti menarik disediakan di gerai NSTP untuk kalangan pengunjung. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI
PELBAGAI aktiviti menarik disediakan di gerai NSTP untuk kalangan pengunjung. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia