Harian Metro

KJH Putrajaya buka tirai

-

Putrajaya: Karnival Jom Heboh (KJH) di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya, membuka tirai, semalam dengan pelbagai aktiviti dan promosi menarik menanti pengunjung.

Acara tahunan kegemaran ramai yang dibawakan oleh DuitNow ini berlangsun­g dua hari bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya.

Tinjauan mendapati seawal jam 8 pagi orang ramai mula memenuhi lokasi karnival termasuk mereka yang beriadah.

Karnival anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini turut dimeriahka­n dengan pelbagai khemah dari TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, Oh Bulan, Seismik, Vocket, Wowshop dan tonton. Turut memeriahka­n karnival adalah khemah The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yang mewakili cabang percetakan Media Prima Berhad dengan menampilka­n tiga akhbar keluaranny­a iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia