Harian Metro

MAMPU TERAJUI BISNES

Aspek keusahawan­an antara perkara diberi penekanan dalam silibus TVET@KPLB

- Oleh Izad Thaqif Hassan am@hmetro.com.my

Selain peluang pekerjaan berpendapa­tan tinggi, bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mampu melahirkan bakal usahawan yang, sekaligus dapat menghasilk­an pulangan ekonomi tidak hanya kepada diri sendiri, malah kepada negara.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, justeru, aspek keusahawan­an antara perkara yang turut diberi penekanan dalam silibus TVET@KPLB.

“Graduan TVET dilatih supaya memiliki ciri-ciri usahawan iaitu mampu mencari serta menjana pekerjaan dengan membuka dan menguruska­n perniagaan sendiri.

“Melalui TVET, kita harap graduan yang dilahirkan kelak mampu menghasilk­an inovasi dan mengkomers­ialkan produk serta perkhidmat­an yang bukan sahaja dapat menghasilk­an pendapatan kepada mereka sendiri malah turut membuka peluang pekerjaan individu lain,” katanya pada Majlis Penutup Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang berlangsun­g di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani di sini.

Beliau berkata, sebagai contoh Institut Kemahiran Mara (IKM) melahirkan seramai 141 graduan usahawan dalam bidang Diploma Teknoushaw­an Rekabentuk dan Pengeluara­n Perabot sejak 2016 yang berjaya menghasilk­an jualan mencecah jutaan ringgit.

“Sejak program itu dilaksanak­an mereka (graduan) berjaya memperoleh jualan sehingga mencecah RM9.1 juta ketika masih dalam pengajian.

“Hasil itu diperoleh ketika masih menuntut dan mereka perlu membuat jualan dengan sasaran jumlah ditetapkan sebagai syarat untuk menamatkan pengajian dan ini, sekaligus memberi pendedahan awal dalam selok-belok menjadi usahawan,” katanya. Menurutnya, objektif penganjura­n Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 ini bagi memberi pendedahan kepada semua belia serta pelajar supaya mereka mengetahui dengan lebih jelas dan faham apa itu bidang TVET.

“Kita percaya melalui kemahiran TVET yang mereka peroleh kelak ia dapat digunakan bukan sahaja untuk mencari pekerjaan, malah berpeluang juga menjana pekerjaan dengan menjadi usahawan.

“Jika dilihat, mereka yang mendapat latihan dalam bidang TVET ini sangat kreatif selain mempunyai kemahiran tersendiri seperti mengguntin­g rambut yang turut dijadikan sebagai punca pencarian kerana mengetahui bidang ini bukan lagi sesuatu yang kecil malah ia menjadi gaya hidup zaman sekarang,” katanya.

Katanya, selain ilmu kemahiran teknikal, pelatih TVET@KPLB juga turut dilengkapi dengan pengetahua­n insaniah termasuk penguasaan bahasa Inggeris.

“Pendekatan ini bertujuan melahirkan graduan TVET@KPLB supaya mereka memiliki pakej lengkap sebagai pekerja yang berkemahir­an dan bersahsiah tinggi.

“Selain itu, kita pastikan juga semua institusi pendidikan TVET@KPLB mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) dan pengiktira­fan pelbagai agensi bertauliah lain,” katanya.

Ekspo Insititusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang berlangsun­g selama tiga hari bermula Khamis lalu dengan sasaran jumlah 100,000 pengunjung menutup tirai, semalam.

Bertemakan ‘Memartabat Kemahiran, Melestari Komuniti Keluarga Malaysia’ penganjura­n ekspo berkenaan mendapat sambutan luar jangkaan terutama daripada golongan belia dengan jumlah pengunjung dicatatkan melebihi sasaran.

“Graduan TVET dilatih supaya memiliki ciri-ciri usahawan Che Murad

 ?? ?? KEDAI gunting pelatih TVET di Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang berlangsun­g di Dataran Amanjaya Mall. - Gambar NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
CHE Murad (dua dari kiri) ketika melihat pameran pada Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022.
KEDAI gunting pelatih TVET di Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang berlangsun­g di Dataran Amanjaya Mall. - Gambar NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR CHE Murad (dua dari kiri) ketika melihat pameran pada Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia