Harian Metro

Pelabur luar tunjuk minat dalam industri rumpai laut di Sabah

-

Semporna: Sabah mahu menarik lebih ramai pelabur terutamany­a dari luar negara untuk membuka kilang pemprosesa­n rumpai laut di negeri itu, seterusnya memajukan industri berkenaan sebagai pemangkin kemajuan ekonomi tempatan.

Timbalan Pengarah (Pembanguna­n) Jabatan Perikanan Sabah Azhar Kassim berkata, industri rumpai laut di Sabah adalah amat berpotensi dengan meraih pendapatan bagi rumpai laut mentah sehingga RM50 juta sehingga RM60 juta setahun dan pengeluara­n sekitar 18,000 tan metrik setahun, sejak tiga tahun lepas.

“Ini data semasa rumpai laut kering yang kita ambil. Data ini (pendapatan) boleh meningkat kepada tiga hingga empat kali ganda jika rumpai laut itu dapat kita proses dan eksport,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Beliau berkata, ketika ini komoditi dalam bentuk mentah dan kering itu dieksport ke China, Jepun, Filipina dan Indonesia yang memberi manfaat kepada kira-kira 1,200 pengusaha di

Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tawau.

Mengulas selanjutny­a, Azhar berkata, Sabah diintai oleh dua pelabur berpotensi dari China dan Semenanjun­g Malaysia yang mempunyai usaha sama dengan pelabur Eropah untuk melabur dalam industri rumpai

laut di negeri berkenaan.

Katanya, pelabur berkenaan kini membuat kajian dari segi kebolehlak­sanaan pembanguna­n industri itu termasuk jumlah rumpai laut yang boleh diperolehi.

“Mereka sudah berhubung dengan jabatan (perikanan). Jadi, hasrat mereka adalah cuba membuka kilang atau ambil alih kilang yang sudah sedia ada atau kilang yang ditutup untuk mereka cuba bangunkan.

“Perkara ini masih di peringkat penelitian dan kita memang memberi kerjasama kepada pelabur berminat. Memang harapan kita untuk pelabur buka kilang...ada pelabur yang berbincang dengan pihak kita, menyatakan mahu membuka kilang yang besar di satu daerah,” katanya.

Menurut Azhar, pewujudan kilang pemprosesa­n rumpai laut itu akan memberi nilai tambah, sekali gus membangunk­an industri berasaskan komoditi berkenaan di Sabah dan menyumbang pendapatan tambahan kepada ekonomi negara.

“Kalau kilang ini dapat menghasilk­an serbuk karaginan separa bertapis dan lebih baik, karaginan bertapis, itu cukup bagus kerana eksport rumpai laut kita telah ada nilai tambah.

“Sebanyak 90 peratus kegunaan rumpai laut adalah untuk industri seperti farmaseuti­kal dan kosmetik. Hanya sedikit untuk industri makanan,” katanya sambil menambah kewujudan kilang itu akan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

 ?? ?? PEKERJA mengikat benih rumpai laut sebelum diletakkan ke dalam laut di perairan Semporna ketika tinjauan, baru-baru ini.
PEKERJA mengikat benih rumpai laut sebelum diletakkan ke dalam laut di perairan Semporna ketika tinjauan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia