Harian Metro

Dihalang terima harta RM37.8 juta kerana tak kerja

-

Sydney: Seorang wanita Australia mendakwa dihalang daripada mewarisi harta peninggala­n bapanya bernilai hampir 7 juta pound sterling (RM37.8 juta) kerana tidak mempunyai pekerjaan

Daily Star melaporkan Clare Brown dari Sydney kini mengemukak­an permohonan di mahkamah untuk mencabar wasiat bapanya itu yang disifatkan tidak realistik.

Wanita itu kini masih hidup dengan bantuan kebajikan bersama ‘isterinya’ Lauren dan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Bapa Brown, Chris yang juga broker saham meninggalk­an harta bernilai 6.82 pound sterling (RM36.83 juta) selepas meninggal dunia pada Januari lalu.

Tetapi, harta itu hanya boleh diwarisi dengan syarat Brown mendapat pekerjaan atau menyumbang kepada masyarakat.

Brown, bagaimanap­un, mendakwa dia tidak boleh bekerja kerana mempunyai masalah hiperaktif, dan kekurangan tumpuan (ADHD) di samping autistik.

Dia tampil menerusi program berita A Current Affair dan menuntut haknya.

“Bolehkah kamu semua berhenti mempersoal­kan mengenai ‘saya perlu bekerja’. Ia tidak (akan) berlaku. Saya tidak boleh berbuat apa-apa mengenainy­a,” katanya.

Sementara itu, Lauren berkata, Brown bergelut dengan tugas harian dan mempunyai senarai semak peringatan asas termasuk apa yang perlu dimakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia