Harian Metro

Kelahiran Ale dianggap sangat istimewa

-

Havana: Penjaga zoo di Zoo Negara Cuba berbangga dengan Ale, seekor anak badak sumbu putih yang dilahirkan pada awal bulan ini di pinggir ibu kota Havana.

Anak badak sumbu kelihatan serupa dengan badak sumbu dewasa, tetapi tidak mempunyai tanduk, dan dengan itu ia kelihatan lebih jinak.

“Satu keistimewa­an besar bagi kami untuk dapat menyumbang kepada penyelamat­an spesies yang terancam seperti badak sumbu putih,” kata pakar dalam bidang hidupan liar eksotik, Alexander Arango, sambil melihat anak badak sumbu itu meragut rumput di atas sebidang rumput di sebelah ibunya, Katherine.

Menurut Arango, Cuba kini memiliki populasi badak sumbu putih kedua terbesar untuk mana-mana zoo di Amerika Latin, dengan jumlah lapan ekor haiwan itu.

Di negara kepulauan Caribbean dengan sumber terhad dan jauh dari Afrika, kejayaan dalam pembiakan adalah satu kebanggaan, kata penjaga zoo berkenaan kepada Reuters.

Badak sumbu putih adalah spesies yang terancam.

Zoo di seluruh dunia diminta untuk membiakkan haiwan itu yang ada dalam kurungan.

Ia dengan harapan dapat mewujudkan bank gen yang akan membantu memelihara spesies berkenaan, sekiranya badak sumbu putih liar itu pupus. - Reuters

 ?? ?? ANAK badak sumbu putih yang dinamakan Ale.
ANAK badak sumbu putih yang dinamakan Ale.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia