Harian Metro

Kurus sangat sampai tinggal 25kg

-

Beijing: Seorang wanita berusia 30 tahun di China menjadi ‘wajah’ obsesi negara Asia terhadap tubuh badan langsing selepas kehilangan 40 kilogram (kg) dalam setahun walaupun berat asalnya adalah 65kg.

Oddity Central melaporkan wanita yang tidak didedahkan namanya itu berasal dari wilayah Hebei, China dengan ketinggian 165 sentimeter (sm).

Dia hilang lebih 40kg sejak tahun lalu kerana diet melampau hingga menyebabka­n gangguan makan.

Wanita itu memutuskan untuk mengamalka­n diet ketat selepas melahirkan bayi kedua kerana beratnya mencecah 65kg.

Dalam tempoh setahun, dia kehilangan separuh berat badannya dan mula mengalami masalah kesihatan yang serius.

Selepas berasa kurang sihat, barulah dia memutuskan untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaa­n.

Doktor di sebuah hospital di bandar Hengshui terkejut apabila mendapati wanita itu hanya seberat 25kg.

Dia kemudian disahkan menghidap anoreksia nervosa, gangguan pemakanan serius yang menjejaska­n kesihatann­ya. Wanita itu turut mengalami pelbagai komplikasi antaranya kegagalan organ dan masalah jantung, keguguran rambut, malah haidnya terhenti.

“Dia mengalami anoreksia nervosa dan tanpa mengira keadaan fizikal dan mentalnya yang lemah, dia tidak menunjukka­n sebarang keinginan untuk makan.

“Dia jatuh sakit dan mengalami pelbagai kegagalan organ kemudian dihantar ke unit rawatan rapi untuk pemulihan,” kata salah seorang doktor yang merawat wanita itu.

Walaupun keadaannya serius dan diberi amaran serta risiko kematian jika tidak membuat perubahan gaya hidup yang serius, wanita itu dilaporkan menolak rawatan yang disyorkan.

Sebaliknya, wanita itu dengan selamba memberitah­u doktor yang dia mencuba kaedah penurunan berat badan melampau lain, termasuk menelan julap dan akupuntur.

Wanita seberat 25kg itu digambarka­n sebagai simbol ketaasuban China terhadap kelangsing­an di media sosial. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia