Harian Metro

ELLA MAHU BUAT KONSERT

Turut rancang rakam single duet bersama Search menerusi penyanyi baharu kumpulan itu, Denden Gonjalez

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Lincah dan menghiburk­an. Itu gambaran tepat yang boleh diberikan kepada ratu rock negara, Ella apabila setiap kali muncul di pentas.

Malah, dengan penampilan berhijab bukan halangan buat

Ella memberikan persembaha­n bertenaga.

Pada usia 56 tahun, Ella atau nama sebenarnya

Nor Zila Aminuddin juga masih dilihat sama seperti Ella pada usia mudanya. Aksi manjanya di pentas, itu yang dinantikan.

Mungkin kemunculan­nya di kaca TV atau mengadakan persembaha­n berskala besar kini tidak sekerap pada awal kemunculan dan zaman kegemilang­an, namun permintaan tetap ada dan sesekali dia berada di pentas pasti meninggalk­an kesan.

Aura dimiliki Ella memang tiada tandingan. Dia masih bertahan dan kekal relevan. Tidak perlu perbanding­an kerana Ella berada di liga tersendiri.

Kali terakhir Ella muncul dengan karya baharu menerusi album Peace.Love.Rindu yang juga album studio ke-10 yang dihasilkan pada 2017.

Malah, album itu diterbitka­n selepas hampir sedekad tidak muncul dengan sebarang album baharu. Kali terakhir Ella mengeluark­an album ialah pada 2007 menerusi album Rama Rama.

Lima tahun tiada album dan lagu baharu tidak mengapa kerana

Ella ada deretan lagu malar segar yang terus

Saya percaya semua penyanyi rindu nak mengadakan konsert, jadi apabila kita sudah diberi kelonggara­n dan peluang untuk menjayakan­nya, mengapa tidak? Semua orang pun pastinya teruja

ELLA

menjadi siulan hingga kini.

Dan, bagi melepaskan kerinduan peminat,

Ella berkata dia sedang dalam perancanga­n mengadakan konsert, namun semuanya masih di peringkat perbincang­an.

Apatah lagi sepanjang bulan dan tahun ini ramai penyanyi dan kumpulan terkenal tanah air kembali mengadakan konsert. Kebanyakan­nya berjaya dan mendapat sambutan hebat daripada peminat dan pencinta muzik tempatan.

“Kami sedang fokus untuk mengadakan konsert apabila ada beberapa lokasi yang sedang dilihat, sama juga dengan tarikh.

“Saya percaya semua penyanyi rindu nak mengadakan konsert, jadi apabila kita sudah diberi kelonggara­n dan peluang untuk menjayakan­nya, mengapa tidak? Semua orang pun pastinya teruja.

“Saya berharap siapa buat konsert, peminat akan datang menyokong, secara langsung membuatkan industri kita lebih berkembang,” katanya.

Sepatutnya Ella merancang mengadakan konsert di Singapura pada Julai ini, tapi terpaksa ditunda ekoran prosedur operasi standard (SOP) yang berbeza di sana.

Pada masa sama,

Ella berkongsi dia dan pasukannya merancang merakamkan single duet bersama Search menerusi penyanyi baharu mereka, Denden Gonjalez.

Menurut Ella, dengan adanya single duet itu diharap dapat menembusi pasaran Indonesia memandangk­an Denden adalah penyanyi dari sana.

“Kita merancang dan kita cuba. Sebab kita boleh cuba menembusi pasaran dalam dan luar negara. Tapi semuanya di dalam perancanga­n. Insya-Allah,” katanya.

Ella yang sebelumnya terbabit selaku penyanyi undangan pada Konsert Search Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur barubaru ini memuji persembaha­n bertenaga dan kemampuan vokal yang dipamerkan oleh Denden.

“Hebat, saya kagum dengan tenaga dan suaranya. Ia tidak mudah tapi dia berjaya melakukann­ya. Pada saya, dia seorang penyanyi yang bagus dan profesiona­l serta sangat tenang.

“Jadi saya berharap dan positif mereka akan lebih berkembang. Insya-Allah. Saya akan sokong semua kerana Search adalah band idola saya. Saya suka dan minat mereka dari dulu sampai sekarang.

“Disebabkan itu saya sangat gembira dan berbangga apabila dijemput membuat persembaha­n dengan mereka. Pada masa sama, gugup pun ada tapi saya sangat berseronok dan bersyukur ia berjalan dengan lancar dan baik,” katanya.

Pada konsert itu,

Ella yang menyanyika­n lagu Melayar Bahtera dan Bayangan berkata, lagu itu adalah pilihan bersama mereka dan berasakan ia sesuai untuk peminat setia Search yang hadir pada malam itu.

“Lagu itu jarang kita dengar mereka bawakan di konsert dan lagi satu, lagu itu kalau dimainkan secara langsung dengan rakaman adalah berbeza. Secara peribadi juga, saya sukakan lirik lagu Melayar Bahtera,” katanya.

Untuk rekod, Ella pernah bersama Search menjayakan sebuah konsert jelajah bersama, iaitu sekitar 2000.

 ?? ??
 ?? ?? ELLA mahu rakam lagu duet bersama Denden.
ELLA mahu rakam lagu duet bersama Denden.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? SELAKU penyanyi undangan pada Konsert Search Rockin’ On Rooftop.
SELAKU penyanyi undangan pada Konsert Search Rockin’ On Rooftop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia