Harian Metro

SALWA KEMBALI DENGAN MAKNA

Tidak persiakan kepercayaa­n diberi untuk rakam lagu bersama penyanyi muda, Red Rahimad

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penyanyi era 1980-an,

Datin Salwa Abdul Rahman, 57, bukan nama asing dalam industri hiburan tanah air. Dia juga bertaraf legenda. Baktinya kepada dunia seni suara cukup banyak dan tak perlu diceritaka­n lagi.

Bakatnya mula dicungkil apabila dia menyertai pertanding­an Bintang Radio Pujaan Negeri Johor 1985 ketika berusia 19 tahun. Selepas itu, beberapa lagi siri pertanding­an disertai Salwa hinggalah dia dilamar menjadi penyanyi rakaman.

Bukan satu dua lagu dan album dilancarka­n, tapi ada deretan karya yang dihasilkan hingga kekal ‘evergreen’ selain masih menjadi siulan peminatnya.

Memiliki suara lunak merdu adalah ciri khas Salwa atau yang mesra disapa Kak Wa. Biarpun usianya menghampir­i enam dekad, lantunan vokalnya itu tetap sama, sekali gus menjadikan Salwa Abd Rahman tiada duanya.

Kali terakhir Salwa juga isteri kepada bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Datuk Subadron Abdul Aziz muncul dengan lagu adalah enam tahun lalu menerusi single I Miss You.

Terbaharu, Salwa kembali memeriahka­n industri muzik dengan lagu dan muzik yang lebih segar berjudul Makna hasil ciptaan sepenuhnya oleh Red Rahimad, Pown Hasril, Otromen, Aman Nassim dan Ariff Peter.

Menariknya, lagu yang diterbitka­n oleh syarikat rakaman COF Music itu turut menampilka­n Salwa berkolabor­asi dengan penyanyi dan rapper muda Red Rahimad.

Salwa berkata, kemunculan­nya menerusi lagu Makna adalah rezeki selain menyifatka­n kolaborasi bersama

Red Rahimad satu lagi pengalaman baharu buat dirinya.

“Kata orang rezeki memang tak salah alamat. Sebenarnya saya dah mula nak kurangkan pembabitan dalam bidang seni ini selain sudah kurang berminat nak keluarkan album atau lagu sebenarnya. Tapi, anak saudara saya iaitu Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim yang nak sangat saya untuk keluarkan lagu terbaharu bersama dengan Red Rahimad.

“Jadi, semangat itu datangnya daripada anak saudara saya sebenarnya. Kalau pada saya semangat untuk menyanyi tu sudah 50/50 tapi saya tetap buat ‘show’. Apabila dah diberikan lagu dan lirik, saya tengok macam sesuai dengan jiwa walaupun ada penyanyi rap di situ. Tapi saya di bahagian yang lain iaitu dangdut.

“Lagu ini ada rentak latin pop dan dangdut sikit. Rasanya ia bersesuaia­n dengan saya. Pada mulanya saya ingat kena rap hingga tak tidur satu malam tapi rupanya tak perlu. Jadi inilah bahagian saya dan hip hop pula Red Rahimad. Saya rasa teruja bila diundang untuk bernyanyi bersama Red Rahimad. Ia satu percubaan baharu dan kelainan dalam hidup,” kata Salwa yang mengakui sedikit ‘gabra’ ketika proses rakaman dijalankan.

Namun begitu, Salwa menjadikan kepercayaa­n diberikan untuk merakamkan lagu Makna bersama Red Rahimad sebagai peluang yang tidak boleh dipersia.

Pada masa sama, Salwa berterima kasih kepada suami dan anak yang sentiasa menyokong kerjaya seninya dari mula sampai sekarang.

Lagu dan video muzik Makna yang dilancarka­n secara rasmi pada 17 Jun lalu sudah boleh ditonton di saluran YouTube

COF Music.

 ?? ?? SALWA berkolabor­asi dengan rapper Red Rahimad menerusi lagu Makna.
SALWA berkolabor­asi dengan rapper Red Rahimad menerusi lagu Makna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia