Harian Metro

KONVOI KONGSI ILMU

Pemilik Harley-Davidson Route 77 meriahkan Peskon UPSI 2022

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Kerjasama di antara jenama motosikal dan institusi pengajian tinggi bukan sesuatu yang baharu. Baru-baru ini, pemilik HarleyDavi­dson daripada

‘Route 77 Kuala Lumpur’ (HOG R77) dijemput bagi memeriahka­n perasmian Pesta Konvokesye­n (Peskon) 2020 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim, Perak.

Acara yang diadakan di Kampus Sultan

Azlan Shah (KSAS) adalah inisiatif Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE).

Ia juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 UPSI.

Program dimeriahka­n dengan kehadiran lebih 40 penunggang motosikal Harley-Davidson.

Konvoi bermula dari Ruang Pameran Route 77 di Jalan Ampang, Selangor.

Road Captain HOG

R77, Romaizalki­fli Abdul Ghafar berkata, ini julung kali mereka dijemput UPSI untuk program seperti itu.

“Aktiviti ini, selain menyantuni penuntut dan pensyarah fakulti berkaitan, juga dapat memberi pendedahan serta berkongsi pengalaman berkaitan motosikal berkuasa tinggi.

“Kami juga mencetuska­n inspirasi buat mereka. Melalui usaha keras, pasti kita dapat mencapai apa yang diimpikan,” katanya.

Dekan Fakulti FPE Prof Madya Dr Mohd Asri Mohd Noor berkata, sebagai sebuah universiti, fokus pihaknya adalah untuk melahirkan graduan berkualiti tinggi dan pada masa sama, memberi nilai tambah elemen lain dalam hidup.

“Di UPSI juga ada fakulti bersesuaia­n yang boleh menjalinka­n usaha sama bersama HarleyDavi­dson untuk bertukar fikiran dan kemahiran sebenar dalam industri,” katanya.

Aktiviti pada program itu termasuk perarakan konvoi pemilik HarleyDavi­dson di Dataran Cemerlang Bersama.

Ia juga melibatkan perarakan kereta berhias, Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahli HOG R77 yang terdiri daripada lelaki dan wanita menunggang motosikal daripada model pilihan utama seperti Sportster 883, Fat Boy,

Pan America, Street Glide, Road Glide dan Road

King.

 ?? ?? HOG R77 dijemput sempena perasmian Peskon UPSI 2022.
HOG R77 dijemput sempena perasmian Peskon UPSI 2022.
 ?? ?? DI HADAPAN bangunan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE).
DI HADAPAN bangunan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE).
 ?? ?? PERJALANAN baik dan terkawal.
PERJALANAN baik dan terkawal.
 ?? ?? EMPAT puluh penunggang Harley-Davidson tiba di UPSI.
EMPAT puluh penunggang Harley-Davidson tiba di UPSI.
 ?? ?? ASRI
ASRI
 ?? ?? ROMAIZALKI­FLI
ROMAIZALKI­FLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia