Harian Metro

LASAK DAN PANTAS

Foton Aumark S City Flyer trak komersial kegunaan penghantar­an bandar

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Sesuai buat kegunaan penghantar­an barangan dalam dan antara bandar, trak komersial tugas ringan, Foton Aumark S City Flyer 4-Roda BJ1065 Serba Baharu, dilancarka­n baru-baru ini.

Berciri pantas dan tangkas, ia hadir dalam dua varian iaitu VDJD4 serta VDJD6.

Ia diedar oleh pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton dan Foton Auman di Malaysia, Angka-Tan Motor Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, iaitu syarikat induk kepada Angka-Tan Motor dan ahli Tan Chong

Group, Tan Keng Meng berkata, ketika inflasi mula melanda, seperti kenaikan harga minyak, mereka menyaksika­n pertambaha­n permintaan pemilik perniagaan untuk kenderaan yang mampu memberikan kecekapan, produktivi­ti dan menepati masa operasi.

“Foton Aumark S City Flyer 4-Roda BJ1065 serba baharu ini memenuhi kriteria tersebut dan mampu membantu mereka mencapai objektif perniagaan,” katanya.

Aumark S City Flyer berasaskan platform trak ‘SUPER’ Foton mewakili lima elemen utama sebagai asas pembinaan dan reka bentuk trak iaitu keselamata­n, utiliti, kuasa, kecekapan, dan kebolehper­cayaan.

Aumark S City Flyer ialah produk ‘Pakatan Inovasi Global Trak Super’, terdiri daripada gabungan firma peneraju teknologi dunia seperti Cummins, ZF Friedrichs­hafen, WABCO, Bosch dan Exedy yang saling berkongsi kepakaran dan teknologi masing-masing.

Ia dikuasakan dengan enjin 2.8 liter Cummins

ISF pengecas turbo

Euro3 generasi baharu, dengan transmisi manual 5-kelajuan ZF yang mampu menghasilk­an 129 kuasa kuda (hp) pada 3,200rpm, dan tork 310Nm pada 1,600 hingga 2,700 rpm.

Transmisi manual 5-kelajuan daripada ZF memberikan anjakan gear yang lancar dan cekap menerusi perumah kotak gear aluminium aloi yang ringan.

Nisbah gear maksimum juga mengurangk­an penggunaan bahan api dengan efektif serta reka bentuk turbin gear dapat mengurangk­an bunyi bising dengan berkesan serta memberikan trak ini trenkuasa yang premium.

City Flyer memiliki berat kasar (GVW) 5.6 tan, ciri terbaik dalam kategori 4-roda, dan paling sesuai untuk perjalanan dalam dan antara bandar yang membolehka­n pelanggan membawa lebih banyak muatan dalam setiap perjalanan.

Kabin direka semula dan ditambah baik supaya pemandu dan kelindan lebih selesa, serta mengurangk­an keletihan ketika memandu untuk tempoh yang lama.

Kerusi tempat duduk yang dipertingk­at untuk lebih tahan lama daripada fabrik jenis kalis haus. Ia juga didatangka­n dengan platform pemegang cawan dan kabinet fail pada bahagian atas.

Aumark S City Flyer 4-Roda BJ1065VDJD­4 (jarak roda 2,800mm) dijual pada harga RM93,900 dan BJ1065VDJD­6 (jarak roda 3,360mm) dijual pada harga RM95,900 untuk Semenanjun­g Malaysia. (Semua harga atas jalan tanpa insurans).

 ?? ?? TRAK komersial ringan.
TRAK komersial ringan.
 ?? ?? DIDATANGKA­N dengan dua varian jarak roda.
DIDATANGKA­N dengan dua varian jarak roda.
 ?? ?? RUANG kabin selesa.
RUANG kabin selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia