Harian Metro

MEWAH DAN SELESA

Pusat Pameran Autohaus Setia Alam tawar pengalaman terbaik untuk pemilik Mercedes-Benz

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Ruang pameran ciri terkini Mercedes-Benz Autohaus Setia Alam yang dirasmikan oleh Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star barubaru ini, menawarkan suasana lebih selesa kepada pembeli serta pemilik jenama kenderaan mewah berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia dan Ketua Serantau Asia Tenggara II Sagree Sardien berkata, ruang pameran di bangunan tujuh tingkat itu berkeluasa­n seluas 11,526 kaki persegi serta memiliki 29 kakitangan.

“Matlamat kami adalah untuk bekerjasam­a dengan rakan kongsi pengedar untuk terus mengembang­kan konsep peruncitan mewah jenama ini.

“Ia juga bertujuan meningkatk­an lagi tawaran dan pengalaman kepada pelanggan seterusnya memenuhi keperluan serta keinginan mereka yang sentiasa berubah,” katanya ketika pelancaran.

Ruang pameran itu mampu memuatkan 16 kenderaan dalam satu masa. Ia juga menempatka­n kemudahan seperti kafe layan diri, bilik aktiviti kanak-kanak dan bilik solekan khusus untuk wanita.

Selain itu, ruang penyelengg­araan berkeluasa­n 29,549 kaki persegi dengan 25 tapak selenggara mampu mencapai kapasiti sehingga 1,500 kenderaan untuk diselengga­ra setiap bulan.

Sebagai pusat sehenti, Mercedes-Benz Autohaus Setia Alam juga menawarkan pelbagai kemudahan seperti Express Service

2.0, mengambil dan menghantar kenderaan, tempahan selenggara, penjajaran dan keseimbang­an roda, diagnosis elektrik dan baik pulih, cat, filem penapis haba serta tuntutan jaminan juga dan insurans.

Sehingga kini, Hap

Seng Group sudah melabur RM673 juta untuk pusat pameran dan selenggara, termasuk RM99 juta di Setia Alam Autohaus.

Selain Setia Alam, pusat sehenti ini juga ada di Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh,

Bukit Tinggi, Melaka, Iskandar Puteri, Kuching dan Kota Kinabalu.

 ?? ?? RUANG dalaman luas dan selesa.
RUANG dalaman luas dan selesa.
 ?? ?? BAHAGIAN penyelengg­araan dan servis.
BAHAGIAN penyelengg­araan dan servis.
 ?? ?? PUSAT sehenti jenama Mercedes-Benz di Setia Alam.
PUSAT sehenti jenama Mercedes-Benz di Setia Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia