Harian Metro

MADU ASLI DARI BELANTARA

Tempoh antara Disember hingga April masa terbaik dapatkan hasil bermutu kerana musim pokok berbunga

- Teks dan foto Fuad Hadinata Yaacob rencana@hmetro.com.my

Pekerjaan yang dilakukan sekumpulan sahabat ini nampak mudah. Masuk hutan mencari madu, keluar bawa madu, proses dan menjualnya.

Namun adakah kita terfikir bagaimana pencarian itu dilakukan sama ada mereka masuk saja ke hutan pada bila-bila masa atau menunggu waktu sesuai untuk mencari madu lebah?

Atau adakah mereka perlu mengikuti pantang larang tertentu sebelum mencari madu lebah?

Sebenarnya apa yang dilakukan tiga sahabat ini sejak puluhan tahun lalu semuanya berdasarka­n pengalaman.

Bukan mudah mencari madu di dalam hutan belantara jika tiada ilmu atau pengalaman. Jika tidak hasilnya tiada.

Shahudin Che Aik, 54, Zulkhairi Abdul Raof, 34 dan Salim Awang Kechik, 46, dari Kampung Betong, Jeneri, Sik, Kedah menjadikan madu asli sebagai salah satu punca pendapatan mereka apabila tiba musimnya.

Mereka mencari madu lebah hutan di sekitar daerah Sik dan Sungai Petani sejak puluhan tahun lalu.

Bagaimanap­un, mereka hanya keluar mencari madu lebah hutan dari hujung Disember sehingga April pada setiap tahun kerana pada waktu itulah mudah mendapat madu.

Setiap kali keluar mencari madu mereka memperoleh antara 15 hingga 30 kilogram madu lebah hutan asli, namun ada ketika mereka pulang dengan tangan kosong.

Shahudin berkata, tempoh antara Disember hingga April setiap tahun adalah masa terbaik mencari madu berkualiti kerana ketika itu musim pokok berbunga.

Dia yang berpengala­man lebih 20 tahun mencari madu berkata, ketika memasuki hutan, mereka menanda pokok yang dilalui selain memerhatik­an lebah.

Selain itu juga katanya, mereka menuju ke kawasan yang mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan berbunga.

“Madu dihasilkan daripada nektar tumbuhtumb­uhan dan kerana itu lebah menjadikan pokok berbunga sebagai tempat untuk serangga ini mendapatka­n nektar.

“Apabila kami sudah menemui pokok berbunga ini, kami perhatikan lebah dan selepas menyedari kewujudann­ya kami ikuti pergerakan atau arah tuju lebah ini,” katanya.

Menurutnya, memang lebah laju berbanding manusia, namun kebiasaann­ya mereka menuju ke satu arah pergerakan lebah itu.

Katanya, lebah biasanya membuat sarang di pokok getah atau pokok hutan dan ia berada di kawasan terlindung atau gelap daripada cahaya.

“Berdasarka­n pengalaman saya, lebah juga suka membuat sarang di kawasan berhampira­n sungai atau lokasi berair,” katanya.

Sementara itu, Zulkhairi berkata, apabila mereka sudah menemui sarang lebah, seorang daripada mereka memakai sarung tangan, penutup muka dan topi bagi melindungi diri daripada disengat.

Selepas itu, katanya, mereka membakar ‘kepala buang’ yang dihasilkan daripada sabut dan daun pinang untuk menghalau lebah.

“Kepala buang istilah yang diberikan orang zaman dulu dan ia dibakar dengan asap yang dihasilkan, diasap ke sekitar sarang untuk menghalau lebah.

“Selepas itu kami memotong ‘kepala air’ yang nampak bengkak saja kerana ia menandakan madu banyak di bahagian itu.

“Tempat lain di sarang itu kami tidak usik kerana lebah boleh membuat sarang semula di tempat sama,” katanya.

Menurutnya, bagi sarang lebah yang rendah ia tidak menjadi masalah, tetapi bagi sarang di atas pokok tinggi, mereka membuat tangga daripada buluh dan kayu.

Dalam pada itu, Salim berkata, permintaan madu lebah asli sangat tinggi ketika ini terutama pada musim pandemik Covid-19.

Katanya, harga untuk satu kilogram madu lebah asli itu mencecah RM150 malah ada ketika permintaan melebihi penawaran.

“Kami tidak mampu mencari madu dalam kuantiti banyak kerana ia bermusim. Pernah satu masa dalam tempoh empat hari kami keluar mencari, tetapi pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Menceritak­an pengalaman mereka sepanjang mencari madu lebah itu, Salim berkata, mereka pernah menemui gajah dan haiwan lain di dalam hutan selain ada rakan digigit lebah sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

 ?? ?? TANGGA buluh dan kayu dibina untuk mendapatka­n madu lebah yang berada di atas pokok.
TANGGA buluh dan kayu dibina untuk mendapatka­n madu lebah yang berada di atas pokok.
 ?? ?? SALIM (kanan) dan Shahudin membuat kepala buang sebagai persediaan sebelum mencari madu lebah.
SALIM (kanan) dan Shahudin membuat kepala buang sebagai persediaan sebelum mencari madu lebah.
 ?? ?? SARANG yang dipanggil kepala air ini yang dipotong sebahagian untuk mendapatka­n madu lebah.
SARANG yang dipanggil kepala air ini yang dipotong sebahagian untuk mendapatka­n madu lebah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia