Harian Metro

KEKAL FUNGSI FIZIKAL, MINDA

Galak aktiviti seperti menjahit, hafaz ayat al-Quran, masak resipi baharu dalam kalangan warga emas

-

DARI MUKA 37

“Jenis senaman yang dilakukan bergantung kepada kemampuan warga emas terbabit dan boleh berunsur riadah dan sosial seperti berjalan, pergi ke pasar serta berkebun setiap hari.

“Mereka juga boleh melakukan aktiviti bangun dan duduk daripada kerusi sebanyak 10 kali, secara berulang serta angkat lutut paras pinggang.

“Aktiviti ini dapat membina kekuatan otot dan tulang serta menjadikan anggota badan lebih fleksibel untuk bergerak,” katanya.

Menurutnya, minda warga emas juga perlu kekal sihat dan kapasiti kefungsian­nya boleh dipertingk­atkan melalui aktiviti menguji minda mereka.

“Aktiviti itu seperti menjahit, menghafaz ayat al-Quran dan memasak resipi baharu serta mengingati bahan diperlukan untuk memasak.

“Bagi warga emas yang ada kekangan pada kaki untuk bergerak, mereka boleh menggunaka­n bantuan peralatan seperti tongkat bagi menyokong pergerakan.

“Jangan takut hendak menggunaka­n tongkat sampai warga emas mudah mengalami jatuh.

“Warga emas yang sukar bergerak pula, mereka boleh melakukan gerakan ringan dalam keadaan duduk.

“Ahli keluarga perlu menjadi individu yang memberikan sokongan, sekiranya ibu bapa enggan bergerak atau melakukan aktiviti, gunakan pendekatan memujuk,” katanya.

Dr Hazlina berkata, untuk pemakanan pula, warga emas disarankan mengamalka­n pemakanan sihat dan melebihkan buahbuahan, sayur-sayuran dan sumber protein seperti ikan serta ayam.

Katanya, ramai warga emas menyatakan masalah kesukaran tidur waktu malam, namun kelaziman mereka tidur waktu siang dan apabila dicampurka­n jumlah itu (tidur waktu alam dan siang), mereka mendapat jumlah tidur yang mencukupi.

“Jumlah tidur ideal setiap warga emas ialah antara enam hingga lapan jam sehari, namun bergantung kepada setiap individu.

“Kita perlu kenal pasti punca warga emas sukar tidur. Jika ia berpunca daripada tekanan perasaan, pastikan mereka mendapat pemeriksaa­n doktor untuk

Ahli keluarga perlu menjadi individu yang memberikan sokongan, sekiranya ibu bapa enggan bergerak atau melakukan aktiviti, gunakan pendekatan memujuk DR HAZLINA

menentukan sama ada ia satu daripada gejala kemurungan.

“Kualiti tidur mereka juga akan lebih baik, sekiranya kemurungan dapat dirawat dan diatasi,” katanya.

Kemurungan dalam kalangan warga emas jarang didiagnosi­s kerana gejalanya agak tidak ketara dan doktor juga mungkin tidak bertanya lanjut.

“Masalah kemurungan itu sendiri sebenarnya adalah salah satu faktor risiko penyakit demensia,” katanya.

Ditanya kesan kepada Malaysia sekiranya mempunyai ramai warga emas berpenyaki­t, Dr

Hazlina berkata, Malaysia menuju ke arah negara menua pada 2030 dengan 15 peratus daripada pendudukny­a berusia 60 tahun ke atas dan ramai berpenyaki­t.

“Maka kerajaan dan penduduk Malaysia akan terbeban dengan kos perbelanja­an awam termasuk kos perubatan.

“Kesan dalam aspek sosial pula, mungkin anak terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ibu bapa yang uzur.

“Oleh itu, ia akan mewujudkan ‘keluarga generasi sandwic’ iaitu anak perlu menjaga ibu bapa dan pada masa sama menjaga anak sendiri,” katanya.

 ?? ?? MENGAJI atau menghafaz ayat al-Quran meningkat fungsi minda warga emas.
MENGAJI atau menghafaz ayat al-Quran meningkat fungsi minda warga emas.
 ?? ?? AKTIVITI sosial bersama rakan membuatkan warga emas lebih ceria.
AKTIVITI sosial bersama rakan membuatkan warga emas lebih ceria.
 ?? ?? WARGA emas mengalami kesukaran tidur perlu berjumpa doktor.
WARGA emas mengalami kesukaran tidur perlu berjumpa doktor.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia