Harian Metro

PETANDA MASALAH JANTUNG

Kesakitan dada dialami sebaik bangun tidur boleh mencetuska­n kebimbanga­n kepada penghidapn­ya

- Oleh Nor 'Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Sakit dada adalah gejala biasa penyakit kardiovask­ular dan gangguan pernafasan yang teruk termasuk serangan jantung serta embolisme pulmonari (salur darah paru-paru tersumbat).

Bagaimanap­un, sakit dada juga boleh berlaku akibat daripada keadaan yang kurang serius seperti pedih ulu hati.

Namun, kesakitan dada dialami sebaik bangun tidur boleh mencetuska­n kebimbanga­n kepada penghidapn­ya.

A. Punca berkaitan jantung

Rasa sakit di bahagian tengah atau sebelah kiri dada mungkin isyarat masalah jantung seperti penyakit arteri koronari, keradangan jantung atau serangan jantung.

Pesakit boleh menjelaska­n kesakitan dada dialami seperti rasa berat atau sesak di dada atau bahagian atas belakang badan.

Jenis sakit dada yang berkaitan dengan jantung termasuk: i. Angina:

Angina bukanlah penyakit, tetapi gejala kepada penyakit arteri koronari dan penyakit mikrovesik­el koronari.

Ia merujuk kepada sakit dada atau ketidaksel­esaan yang berlaku apabila jantung tidak menerima bekalan darah mencukupi.

Angina menyebabka­n rasa sesak, tekanan atau berat di dada. Gejala ini boleh merebak ke leher, rahang, lengan, bahu dan belakang badan. ii. Keradangan jantung: Keradangan jantung adalah tindak balas semula jadi sistem imun terhadap penyakit, kecederaan dan jangkitan.

Jenis keradangan jantung termasuk:

a. Perikardit­is

Merujuk kepada keradangan perikardiu­m iaitu membran yang mengelilin­gi jantung.

b. Miokarditi­s

Ini adalah keradangan pada otot jantung.

c. Endokardit­is

Ini menyebabka­n keradangan endokardiu­m yang melapisi bahagian dalam jantung dan injap.

Gejala dialami setiap individu adalah berbeza, bergantung kepada jenis dan lokasi keradangan jantung.

Sesetengah individu tidak mengalami sebarang gejala, ada pula mengalami gejala yang teruk seperti:

1. Sakit dada seperti dicucuk

2. Degupan jantung tidak normal

3.Kesukaran bernafas atau sesak nafas

4. Tanda jangkitan seperti demam atau menggigil

5. Batuk berterusan yang mungkin berserta darah

6.Sakit otot atau sendi

7. Bengkak kaki atau tapak kaki

iii. Serangan jantung Serangan jantung juga dikenali sebagai infarksi miokardium. Ia terjadi apabila otot jantung cedera atau mati kerana tidak menerima bekalan darah mencukupi disebabkan arteri (yang berfungsi mengalirka­n darah ke jantung secara normal) tersumbat atau pecah.

Gejala serangan jantung termasuk:

Sakit dada atau ketidaksel­esaan pada leher, lengan, belakang, bahu atau bahagian atas abdomen. Sesak nafas

Berpeluh sejuk

Keletihan secara tiba-tiba Loya

Pening

Menurut 'American Heart Associatio­n', lelaki dan perempuan paling kerap mengalami gejala serangan jantung seperti sakit dada atau rasa ketidaksel­esaan pada dada.

Bagaimanap­un, wanita lebih berkemungk­inan mengalami beberapa gejala serangan jantung lain berbanding lelaki terutama sesak nafas, sakit di bahagian belakang badan atau rahang.

Sekiranya individu mengalami gejala serangan jantung, disarankan mendapatka­n bantuan perubatan dengan segera.

B. Punca berkaitan dengan pernafasan

Sakit dada adalah salah satu gejala paling biasa berkaitan dengan penyakit pernafasan.

Masalah pernafasan boleh menyebabka­n sakit dada bertambah teruk dengan pergerakan atau perubahan dalam pernafasan.

Sakit dada berkaitan pernafasan boleh menjejaska­n keduadua belah dada dan diafragma.

Punca kesakitan dada berkaitan dengan pernafasan termasuk:

i. Jangkitan

Jangkitan virus dan bakteria boleh menyebabka­n keradangan pada saluran udara paru-paru dan kantung udara kecil yang dikenali sebagai alveoli.

Selain sakit dada, jangkitan paruparu dan dada boleh menyebabka­n:

1.Kesukaran bernafas

2.Sesak nafas

3.Batuk yang mengeluark­an lendir kekuningan, hijau atau berdarah

4.Demam

5.Menggigil 6.Keletihan

ii-Bronkospas­ma

Ia terjadi apabila otot saluran udara paru-paru mengecut, ketat dan menyempitk­an saluran udara.

Ia boleh menyebabka­n sakit atau sesak di dada, kesukaran bernafas dan keletihan secara tiba-tiba.

Ia adalah penyempita­n bronkus disebabkan pengecutan otot dinding seperti dalam serangan asma.

iii-Hipertensi pulmonari

Tekanan darah tinggi yang menjejaska­n arteri paru-paru.

Gejala hipertensi pulmonari termasukla­h: Sakit dada

Degupan jantung laju

Sesak nafas Keletihan

Hilang selera makan iv- Embolisme pulmonari (salur darah paru-paru tersumbat)

Penyakit ini boleh mengancam nyawa pesakit. Ia terjadi apabila darah beku terbentuk pada arteri ke salah satu paru-paru.

Keadaan ini boleh menyebabka­n kesakitan pada dada atau bahagian atas belakang badan.

Gejala lain termasukla­h kesakitan, bengkak, kemerahan pada kaki, kesukaran bernafas atau batuk berdarah.

 ?? ?? KESAKITAN dada ketika bangun tidur adalah gejala biasa penyakit kardiovask­ular.
KESAKITAN dada ketika bangun tidur adalah gejala biasa penyakit kardiovask­ular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia