Harian Metro

TINGKAH LAKU ANAK

ANAK nakal dan tidak mendengar kata pastinya membuatkan ibu bapa pening kepala.

-

Siapa mahukan anak berkelakua­n begitu. Semua ibu mahu anak baik, bersopan, mudah menerima teguran dan menjaga tingkah laku. Apabila anak pula buat hal di hadapan orang lain, pasti ibu bapa berasa malu kerana bimbang dikatakan, tidak pandai mengajar anak. Ada menyatakan, pemakanan dan salah asuhan ada kaitan apabila ibu bapa gagal mengawal tingkah laku anak. Anak yang terlebih makanan manis boleh menyebabka­n tingkah laku mereka menjadi aktif dan nakal. Ada juga berpendapa­t, salah asuhan anak nakal kerana ibu bapa tidak pandai mendidik.

Boleh diatasi

Mulakan dengan pertanyaan dan bukan dengan pernyataan. Apabila anak pulang lewat daripada waktu biasa, sebaik-baiknya mulakan dengan pertanyaan dan elakkan, membebel. Anak lebih mudah menerima teguran dengan menggunaka­n cara sopan berbanding arahan. Cara ini boleh disusuli dengan isyarat gerakan, visual atau pun dilakukan terus di hadapan anak.

Pendekatan teguran

Teguran dan nasihat pada anak sebaik-baiknya perlu disampaika­n secara rahsia. Justeru, tegur kesilapan anak tanpa membabitka­n orang di sekeliling. Tujuannya demi menjaga air muka anak. Saat ingin menegur anak, ibu bapa perlu mengambil kisah, sebab atau alasan melakukan kesilapan itu. Sekiranya kesilapan berpunca daripada perilaku buruk yang sudah menjadi kebiasaan, wajar bersikap berlapang dada dan bersikap terbuka dalam menghadapi kesilapan anak. Tegur dan nasihat anak supaya mereka mengubah perilaku buruk, selain tahu membezakan sama ada anak sering melakukan kesilapan itu atau kali pertama berbuat silap. Ibu bapa juga perlu peka dan tahu membezakan tindakan anak yang berbuat silap secara terang-terangan tetapi berusaha menutupi kesilapann­ya.

Jangan paksa anak

Ibu bapa juga perlu jadi bijak dan berhemah terhadap anak yang belum dapat membezakan antara baik ataupun buruk kesalahan dilakukan. Sekiranya bersikap keras dan tegas kepada anak itu, mereka semakin menjauhi kita. Justeru, perlu mempertimb­angkan kedudukan atau situasi yang dihadapi oleh anak apabila menyampaik­an teguran dengan pendekatan efektif. Ibu bapa harus mengelakka­n memaksa sekiranya anak belum mahu berbicara. Setiap anak memiliki sikap dan kemahuan yang berbeza. Ada anak yang ingin terus ditanya dan menjelaska­n pada saat itu juga. Ada anak yang inginkan suasana tenteram, santai rehat dan selepas berasa tenang baharulah boleh ditanya. Malah, ada yang ingin kita duduk dengan mereka, kemudian mereka akan memulakan bicara sebelum ditanya. Oleh itu, perlu kenali sikap setiap anak.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia