Harian Metro

Arteta sedia lunas impian Wenger

-

London: Mikel Arteta (gambar) ingin melengkapk­an misi perpindaha­n Arsene Wenger yang gagal dengan pembelian £65 juta (RM350 juta).

Pengurus Arsenal itu cuba mendapatka­n pemain yang tidak dapat diselesaik­an oleh bekas pengurusny­a sebelum ini.

Ia dijangka menjadi musim perpindaha­n yang sibuk untuk Arsenal kerana Arteta melihat untuk menyambung pembelian tahun lalu bagi memperkuat skuadnya dengan tambahan pemain berkualiti tinggi.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan dengan jelas bahawa sudah tiba masanya untuk membawa sesuatu ke tahap yang lebih tinggi berikutan tempoh mengurangk­an gaji dan membina pasukan muda yang penuh dengan potensi sudah dilakukan.

The Gunners berjaya menangkis minat yang dilaporkan daripada Liverpool dan Tottenham untuk mendapatka­n Fabio Vieira dari FC Porto dengan harga £34 juta (RM183 juta).

Beliau bersedia untuk menyambut ketibaan penjaga gol bernilai £7.5 juta (RM40 juta), Matt Turner dalam beberapa hari akan datang.

Penyerang muda Brazil, Marquinhos adalah pembelian pertama di musim panas ini.

Dia tiba dengan nilai £3 juta (RM16.2 juta) daripada Sao Paulo dan dijangka bakal diberi peluang untuk menunjukka­n kehebatan pada aksi pramusim.

Bagaimanap­un, pembelian pemain tidak berhenti di situ, dengan Arsenal terus bercakap mengenai lebih banyak tawaran yang berpotensi. - Agensi

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia