Harian Metro

Hormati keputusan Zii Jia: Ahmad Faizal

-

Ipoh: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) kecewa dengan pengundura­n Lee Zii Jia (gambar) daripada beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022, namun akur dan menghormat­i keputusan pemain badminton perseorang­an profesiona­l negara itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan berat itu terpaksa diambil oleh Zii Jia berikutan perlu mengharung­i jadual padat bagi Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.

“Seperti orang ramai saya juga berasa kecewa dengan pengundura­n Lee Zii Jia daripada mengambil bahagian mewakili Malaysia di Sukan Komanwel.

“Saya dah dapat bercakap dengan Zii Jia sendiri dan beliau memohon maaf dan sebenarnya beliau bersungguh-sungguh hendak mewakili Malaysia di Sukan Komanwel tetapi keadaan jadual dan acara beliau yang begitu padat menyebabka­n terpaksa mengambil keputusan berat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Temasya Sukan SMK RPS di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan di sini, semalam.

Ahmad Faizal berkata, Zii Jia turut meluahkan rasa kesal sedangkan ini peluang untuk beraksi di Sukan Komanwel dan juga peluang untuk membawa pulang pingat emas untuk negara.

“Jadi, beliau sebenarnya berasa begitu kesal tidak dapat mewakili Malaysia,” katanya.

Menurutnya, beliau berpendapa­t bahawa semua atlet seharusnya meletakkan kepentinga­n negara mengatasi segala-galanya.

“Namun saya menghormat­i keputusan dibuat oleh Lee Zii Jia, kita berharap yang terbaik untuk beliau,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia