Harian Metro

Hamidin nak lihat Harimau Malaya benam Vietnam

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui impiannya adalah untuk melihat skuad Harimau Malaya menundukka­n Vietnam selepas ini.

Katanya, beliau yakin skuad kendalian Kim Pan-gon mampu melakukann­ya dan berdasarka­n persembaha­n terkini, ia dilihat tidak mustahil.

“Saya kalau boleh nak kalahkan Vietnam, itu salah satu saya punya impian.

“Saya pun tak tahu macam mana kita boleh kalah (di tangan Vietnam), dan saya tahu pasukan Malaysia boleh kalahkan mereka, dan juga dengan Bahrain.

“Tapi kadang-kadang tak ada rezeki masa itu, atau kita belum cukup bagus. Jadi kita akan ada beberapa kaedah untuk kita lalui dan Piala AFF (hujung tahun) ini, kita akan ada lagi misi sebelum bulan sembilan untuk kita buat aksi persahabat­an,” katanya.

Melihatkan rekod pertemuan Malaysia dan Vietnam sejak 2018 lalu, skuad negara hanya mampu seri sekali daripada enam aksi dengan pertembung­an terakhir adalah dalam Piala AFF di Singapura hujung tahun lalu yang menyaksika­n Malaysia tewas 0-3.

Apa diperkatak­an Hamidin itu bukan sesuatu yang mustahil dan kemampuan skuad Harimau Malaya menundukka­n beberapa pasukan sepanjang kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dan beberapa aksi persahabat­an sejak Mac lalu menunjukka­n peningkata­n.

Sejak Pan-gon mengambil alih pasukan negara bermula Mac lalu, Malaysia berjaya melakar lima kemenangan dalam tujuh aksi, dengan hanya tewas dua kali.

Malah, peningkata­n mata ranking daripada kedudukan 154 kepada 147 menunjukka­n bahawa skuad Harimau Malaya kini dalam landasan terbaik untuk terus meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia