Harian Metro

Nasib tak sebelahi kami: Zhafri

-

Kuala Lumpur: Pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, Zhafri Yahya mengakui nasib tidak menyebelah­i Kuala Lumpur City FC (KL City) yang terpaksa berkongsi satu mata dengan PSM Makassar malam kelmarin.

Jelas pemain tengah itu, keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, di sini, seharusnya berakhir dengan kemenangan namun beberapa percubaan tuan rumah tidak menepati sasaran. Namun katanya, dia yakin skuad The City Boys akan bangkit dalam aksi kedua Kumpulan H Piala AFC apabila menentang kelab dari Singapura, Tampines Rovers, Khamis depan.

“Saya merasakan kita betul-betul tidak bernasib baik meskipun bahagian serangan dan pertahanan berjaya mempamerka­n aksi yang terbaik.

“Kita tidak akan mengalah, kita akan pastikan kemenangan milik pasukan pada perlawanan kedua menentang Tampines Rovers,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia