Harian Metro

Shahidan harap atlet olahraga sapu 10 emas

-

Kuala Lumpur: Tanpa berselindu­ng Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) baharu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (gambar) mahu barisan atlet sukan itu membawa pulang 10 pingat emas pada temasya Sukan Sea Kemboja tahun depan.

Ia adalah sasaran sekali ganda buat skuad negara yang sebelum ini hanya meraih lima emas, tiga perak dan lapan gangsa ketika di Sukan Sea Hanoi bulan lalu.

Ia laungan keyakinan yang disuarakan oleh Shahidan ketika beliau turun padang buat kali pertama bertemu dengan barisan atlet negara di trek olahraga di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil kelmarin selepas bergelar presiden baharu KOM bagi penggal 2022/2025.

Shahidan berkata, setiap atlet perlu meletakkan matlamat dan beliau yakin matlamat itu mampu dicapai.

“Saya cakap perkara ini sebab saya yakin kita mempunyai ramai atlet cuma prestasi mereka tak beberapa bagus. Jadi, kita kena usaha sikit dan kena yakin.

“Jangan putus harapan sebab daripada 41 pingat emas yang ditawarkan dan kita pula tak buat apa-apa itu satu benda tidak wajar.

“Kita letakkan matlamat dulu dan kemudian kita usaha untuk capai.

Pandangan

negatif yang tak percaya itu kita betulkan dan kita lihat masa pertanding­an nanti,” katanya. Dalam perkembang­an sama, beliau turut menyaranka­n untuk kuartet 4x400m kembali dibentuk dan mengembali­kan zaman kegemilang­an itu ketika mereka meraih kejayaan di Korat.

Shahidan kelmarin mengadakan pertemuan bersama hampir 200 atlet di padang latihan MSN berkata, beliau gembira dapat kembali bersama atlet olahraga negara dan bersama-sama mencapai matlamat yang lebih tinggi.

“Saya gembira melihat semangat juang mereka. Mari kita sama-sama letakkan matlamat untuk dicapai.

“Insya-Allah saya akan berada di sini (trek latihan MSN) dari semasa ke semasa mungkin seminggu atau dua minggu sekali untuk memerhatik­an mereka berlatih.

“Saya bukan saja memerhati mereka berlatih tapi saya nakkan keputusan yang positif,” katanya.

Shahidan kembali menerajui selepas memenangi pemilihan jawatan presiden, dalam pertanding­an satu lawan satu dengan menewaskan penyandang jawatan, Datuk SM Muthu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia