Harian Metro

Pandelela sandaran skuad terjun di Budapest

-

Kuala Lumpur: Seramai 10 atlet terjun negara akan mengibarka­n cabaran di Kejohanan Terjun Dunia Fina di Budapest, Hungary dengan sasaran pastinya diletakkan di bahu penerjun senior berpengala­man negara, Datuk Pandelela Rinong (gambar) dari 26 hingga 30 Jun ini.

Pandelela akan turun beraksi dalam pusingan kelayakan 10m platform hari ini dengan sasaran yang diletakkan adalah untuk menilai tahap prestasi terkininya sebelum ke temasya Sukan Komanwel di Birmingham 28 Julai ini.

Bagi pengurus pasukan negara, Datuk Leong Mun Yee, atlet kini sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik biarpun ada di antara mereka masih bergelut dengan keletihan akibat penerbanga­n panjang.

Namun keadaan itu sudah semakin baik dengan kesemua atlet kini sudah bersedia untuk turun memberikan cabaran.

“Sasaran utama kali ini adalah lebih kepada persediaan untuk menghadapi Sukan Komanwel bulan depan.

“Ini kerana hampir setahun atlet terjun negara tidak menyertai sebarang pertanding­an antarabang­sa dan Kejohanan Dunia. Ini medan terbaik buat mereka menilai tahap prestasi terkini masing-masing,” katanya.

Mun Yee berkata, beberapa pendekatan berlainan akan dilakukan kali ini di Budapest iaitu dengan menyenarai­kan gandingan baharu selain menurunkan atlet remaja.

Untuk rekod, skuad terjun negara pernah meraih kejayaan gemilang menerusi

Cheong Jun Hoong yang berjaya meraih pingat emas dalam acara terjun 10m platform individu wanita di venue yang sama pada 2017.

Ia adalah kejayaan pertama penerjun meruntuhka­n keegoan penerjun China.

Jun Hoong dan Pandelela seterusnya menghadiah­kan gangsa acara terjun 10 meter platform seirama.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia