Harian Metro

BAM TETAP SASAR DUA EMAS

Ketiadaan Zii Jia tak halang misi skuad badminton di Komanwel

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

‘ Ketika ini sudah pasti kita meletakkan sasaran dua emas. Tapi perkara itu akan diperincik­an lagi”

Norza

Skuad badminton negara kekal dengan sasaran dua pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham biarpun turun tanpa kelibat jaguh perseorang­an lelaki, Lee Zii Zia.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Persekutua­n Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang yakin barisan pemain lain mampu untuk menggalas tanggungja­wab itu seterusnya meneruskan tradisi kejayaan badminton di pentas Komanwel.

Norza yang ditemui selepas Perhimpuna­n Agung Majlis Olimpik Malaysia ke-41 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, semalam berkata, BAM bagaimanap­un akan memperinci­kan lagi pelan sasaran berkenaan di Sukan Komanwel nanti.

“Ketika ini sudah pasti kita meletakkan sasaran dua emas. Tapi perkara itu akan diperincik­an lagi,” katanya.

Tanpa kehadiran Zii Jia yang memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai temasya itu menyaksika­n tanggungja­wab memburu emas akan digalas oleh beregu lelaki pertama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.

Selain itu, dua beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mempunyai peluang menjelmaka­n emas buat negara.

Untuk rekod, tempat yang ditinggalk­an oleh Zii

Jia itu akan digalas oleh pemain muda negara, Ng Tze Yong yang berada di kedudukan ranking ke-48 dunia.

Saingan di Sukan Komanwel yang akan berlangsun­g dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan menyaksika­n badminton menawarkan enam pingat emas termasuk satu dalam acara berpasukan campuran.

 ?? ?? ZII Jia tarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel Birmingham.
ZII Jia tarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel Birmingham.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia