Harian Metro

NASIBBERBE­ZA

Hodak kecewa anak buah gagal manfaat deretan peluang depan gawang PSM Makassar

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Dua wakil negara, KL City FC (KL City) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC memulakan kempen

Piala AFC dengan langkah berbeza malam kelmarin. Skuad warga kota mensia-siakan deretan peluang jaringan sebelum terikat 0-0 bertemu kelab Indonesia, PSM Makassar di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, manakala naib juara Liga Super, KDA FC tumbang 0-2 di tangan Bali United di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali. KL City di landasan tepat untuk layak ke pusingan seterusnya dengan syarat menewaskan wakil Singapura, Tampines Rovers dalam aksi terakhir Kumpulan H, manakala KDA FC wajib menundukka­n kelab Filipina, Kaya Iloilo FC pada perlawanan kedua Kumpulan G bagi menghidupk­an peluang, lapor Firdaus Hashim

Kegagalan memanfaatk­an deretan peluang terhidang nyata mengecewak­an pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak yang percaya seandainya ia dilakukan pasukannya mampu keluar selaku pemenang.

Begitupun, keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi pertama Kumpulan H menentang kelab Indonesia, PSM Makassar tetap memuaskan hati Hodak.

Jelas bekas jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun negara itu, beliau menganggap benteng pertahanan KL City sudah menjalanka­n tanggungja­wab dengan sebaiknya, namun sedikit mengecewak­an buat jentera serangan.

“Sudah tentu saya kecewa apabila pasukan gagal untuk memenangi perlawanan ini. Bagaimanap­un, pujian harus diberikan kepada pemain terutama di bahagian pertahanan kerana berjaya mengakhiri perlawanan ini tanpa dibolosi lawan.

“Malah mereka juga bermain dengan cara yang saya mahukan sama seperti ketika perlawanan Piala Malaysia sebelum ini, cuma agak kurang di bahagian serangan.

“Ini adalah masalah kami (bahagian serangan), kami mencipta beberapa peluang namun masih gagal untuk mendapatka­n gol pada perlawanan ini.

“Sebab itulah, anda lihat kenapa kami membawa seorang lagi penyerang (Jordan Mintah) pada jendela perpindaha­n kali ini. Kami mahu memperkuat­kan lagi jentera serangan pasukan ini,” katanya sejurus tamat aksi d Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam kelmarin

Dalam aksi itu, kedua-dua pasukan gagal meraih sebarang jaringan meskipun skuad The City Boys memiliki dua peluang terbaik untuk menjaringk­an gol.

Tiang dan palang menjadi penghalang buat tuan rumah untuk memecah kebuntuan menerusi percubaan Romel Morales di minit ke-58 yang terkena tiang gol.

Ia disusuli tandukan Irfan Zakaria sembilan minit kemudian yang sekadar singgah di palang gol lawan ketika penjaga gol PSM Makassar sudah pun tertewas. Menurut Hodak, beliau optimis anak buahnya tetap mampu melangkah ke pusingan berikutnya dengan menjadikan wakil Singapura, Tampines Rovers mangsa kebangkita­n.

“Walaupun ia bukan satu tugas mudah menentang Tampines, saya percaya pasukan akan bangkit untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan itu,” katanya.

“Kami mencipta beberapa peluang namun masih gagal untuk mendapatka­n gol Hodak

 ?? ??
 ?? ?? KAPTEN KL City, Paulo Josue terjatuh diasak pemain PSM Makassar pada saingan Piala AFC Kumpulan H di Stadium Kuala Lumpur, malam kelmarin.
KAPTEN KL City, Paulo Josue terjatuh diasak pemain PSM Makassar pada saingan Piala AFC Kumpulan H di Stadium Kuala Lumpur, malam kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia