Harian Metro

TAMAN NEGARA GUNUNG MULU, SARAWAK

-

Diwartakan sebagai Taman Warisan Dunia Unesco pada November 2000. Taman negara terbesar di Sarawak dengan keluasan kira-kira 529 kilometer (km) persegi. Terdapat kepelbagai­an jenis tumbuhan dan hidupan liar menarik serta unik. Pengunjung boleh mencuba laluan kanopi Mulu sepanjang 480 meter (m) iaitu laluan pokok terpanjang di dunia. Memiliki bentuk geografi unik yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu jernih dan dilitupi hutan dara tropika. Dikeliling­i tiga gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat. Mercu tanda Gunung Mulu ialah Puncak Pinnacles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia