Harian Metro

SENARAI PENCALONAN BAHARU SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

-

TAMAN NEGARA ROYAL BELUM (SENARAI DIHANTAR PADA FEBRUARI 2017)

Meliputi kawasan hutan simpanan seluas 300,000 hektar. Berusia 100 tahun, menjadikan­nya satu daripada hutan hujan tertua di dunia. Terdapat tumbuhan Rafflesia tumbuh meliar di taman negara ini. Taman negara ini menjadi habitat kepada spesies burung enggang terbanyak di dunia. Turut memiliki 80 spesies mamalia termasuk gajah Asia, harimau Malaya, seladang Malaya, tapir Malaya, harimau bintang, kucing tulap dan pelbagai spesies kucing lain.

PERMATANG KUARZA GOMBAK (SENARAI DIHANTAR PADA FEBRUARI 2017)

Adalah Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan 1. Permatang kuarza terpanjang di Asia Tenggara iaitu kira-kira 14km dan kelebaran antara 50 hingga 200m. Terbentuk daripada bendalir hidroterma batuan granit melalui rejahan berbentuk 'dyke' di sepanjang sesar Kuala Lumpur dan kini dianggarka­n berusia antara 122 hingga 200 juta tahun Tiga punca di permatang ini ialah Bukit Batu Tabur setinggi 534m, Bukit Rata (367m) dan Bukit Batu Chondong (322m).

PUSAT KAWALAN KUSTA SUNGAI BULOH, SELANGOR

Kawasan ini pernah menjadi penempatan kedua terbesar di dunia untuk pesakit kusta Mempunyai banyak sejarah dan pencapaian bidang perubatan, khususnya untuk penyakit kusta. Di pusat ini, vaksin mencegah kusta ditemui daripada sejenis pokok berbuah dikenali sebagai pokok setumpol. Buah daripada pokok ini dijadikan sebagai penawar pesakit kusta.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia