Harian Metro

‘Sempat ajar ucap syahadah’

Suami isteri maut motosikal berkuasa tinggi ditunggang rempuh kereta keluar simpang

- Oleh Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Saya bersama isteri sempat mengajar mereka berdua mengucap syahadah sebelum nadinya terhenti diikuti isterinya kira-kira 10 minit kemudian.”

Begitu kata Adnan Othman, 44, menceritak­an detik cemas sebelum rakannya Mohd Abdika Razali, 36, bersama isteri Rabiatulad­awiah Saufi, 36, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Simpang Tanjung Jara di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, suami isteri berkenaan yang menaiki motosikal Aprillia RSV4 dalam perjalanan pulang ke Kemaman dipercayai selepas menghadiri perhimpuna­n motosikal berkuasa tinggi Terengganu Bike Week di Kuala Terengganu. Adnan berkata, sebelum kejadian pasangan berkenaan berada di depannya dalam jarak kira-kira 50 me“Saya ter.

yang membonceng isteri, Azlia Alias, 41, berada di belakang dan kami berdua dalam perjalanan pulang ke Kemaman selepas menghadiri perhimpuna­n motosikal berkuasa tinggi di Kuala Terengganu.

“Sebelum bertolak pulang, arwah Rabiatulad­awiah teringin makan kari kepala ikan di Telemong, Hulu Terengganu dan mengajak saya dan isteri makan bersama,” katanya.

Katanya, dia dan isterinya bersetuju dengan pelawaan itu dan bercadang pulang ke Kemaman menggunaka­n laluan Lebuhraya Pantai Ti(LPT2) mur 2 kerana jarakdekat. nya lebih “Bagaimanap­un, arwah Rabiatulad­awiah tiba-tiba menukar rancangan dan meminta kami melalui jalan pantai (Kuala Terengganu-Kuantan) dan mencari mana-mana kedai makan di sepanjang laluan itu. “Kami mula bertolak daBatu ri Pantai Buruk kijam ra-kira 4 petang semereka belum terbabit kemalangan itu apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan keluar simpang secara tiba-tiba menyebabka­n Dika membrek dengan kuat sehingga tayar motosikaln­ya

“Dika membrek dengan kuat sehingga tayar motosikaln­ya berasap Adnan

berasap,” katanya.

Katanya, ketika terlihat kenderaan Toyota Innova itu keluar dari simpang, dia menjerit melaungkan nama Adika dengan kuat kerana sudah menjangkak­an rakan baiknya akan merempuh kereta terbabit.

“Saya sangat sedih terutamany­a mengenangk­an keadaan tiga anak arwah yang berusia 16, 14 dan lapan tahun yang kini menjadi yatim piatu,” katanya.

Katanya, Abdika yang berniaga ayam di pasar Binjal adalah seorang yang baik hati dan pemurah, malah disukai rakan-rakan serta tidak pernah meninggalk­an isterinya walaupun pergi ke mana-mana saja.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.

Menurutnya, pemandu MPV warga China yang dalam perjalanan ke tapak projek di Merchang, Marang tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ?? ?? RABIATULAD­AWIAH
MAYAT Abdika dan isterinya di lokasi kemalangan sebelum dibawa ke Hospital Dungun.
ABDIKA
RABIATULAD­AWIAH MAYAT Abdika dan isterinya di lokasi kemalangan sebelum dibawa ke Hospital Dungun. ABDIKA
 ?? ?? MOTOSIKAL Aprillia RSV4 ditunggang Abdika dan isterinya yang terbabit kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.
MOTOSIKAL Aprillia RSV4 ditunggang Abdika dan isterinya yang terbabit kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.
 ?? ?? MOTOSIKAL Kawasaki GTR1400 milik mangsa kemalangan.
MOTOSIKAL Kawasaki GTR1400 milik mangsa kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia