Harian Metro

Cedera rebut parkir

Dua lelaki diserang tiga beranak bersenjata­kan pisau, tukul besi

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Angkara berebut parkir, dua lelaki cedera diserang tiga beranak di hadapan sebuah premis di Jalan Damansara Utama di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari, lelaki berusia 26 tahun yang juga pemilik premis berkenaan bersama rakannya cedera ringan di tangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin

Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa diserang dua lelaki dan seorang wanita tempatan.

“Kejadian berlaku apabila pengadu meletakkan kereta Toyota Vios di lot parkir hadapan kedainya dan tiba-tiba seorang lelaki menjerit memanggiln­ya serta turun dari kedai lalu berlaku pertengkar­an mulut antara mereka.

“Isteri lelaki itu kemudian memarahi dan membaling telur ke arah mangsa serta rakannya. Selepas itu, datang pula anak lelaki pasangan terbabit memarahi mangsa dan rakannya sambil memegang tukul besi serta mengugut untuk merosakkan kereta mangsa. “Berlaku pergelutan antara kelima-lima individu menyebabka­n mangsa dan rakan mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Mohamad Fakhrudin berkata, ketika pergelutan berlaku, anak pasangan terbabit yang berusia 31 tahun turut memegang pisau pemotong daging dan alat pemadam api.

Susulan laporan diterima, beliau berkata, polis menahan lelaki itu di hadapan premis di Jalan Damansara Utama pada jam 4.30 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan perebutan lot parkir.

“Polis turut merampas tukul besi, pisau dan alat pemadam api yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis mendapatka­n perintah tahanan reman terhadap suspek semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

“Berlaku pergelutan antara kelima-lima individu Mohamad Fakhrudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia