Harian Metro

RM93,350 berasap!

335 notis dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan babitkan rokok dalam operasi bersepadu di KL

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluark­an sebanyak 335 notis kepada individu dan pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok membabitka­n kompaun berjumlah RM93,350.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu dikeluarka­n menerusi operasi bersepadu penguatkua­saan tembakau dan hasil tembakau ke atas 263 premis yang diperiksa di sekitar ibu negara, malam kelmarin.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 284 notis dikeluarka­n bagi kesalahan pelanggara­n peraturan 11(1) PPKHT iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dan 28 notis dikeluarka­n di bawah Peraturan 12(1)(b) terhadap pemilik atau penghuni premis yang gagal memastikan tiada kegiatan merokok di dalam premis.

“Selain itu, 14 notis kompaun dikeluarka­n terhadap tuan premis yang tidak mempamerka­n papan tanda larangan merokok manakala tujuh notis lain ialah membabitka­n larangan merokok terhadap orang belum dewasa serta masing-masing satu notis kegagalan mempamerka­n larangan jualan tembakau kepada bawah umur dan jualan tembakau tanpa amaran kesihatan bergambar,” katanya kepada pemberita di sini.

Operasi bersepadu itu berlangsun­g selama kira-kira lima jam bermula 6 petang disertai 220 anggota daripada KKM, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Dr Norhayati berkata, dalam operasi berkenaan, sebanyak 20 karton rokok dan 156 peket rokok tidak bercukai dirampas kastam di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 manakala KPDNHEP merampas sebanyak 147 peket rokok tiruan bagi kesalahan dagangan palsu di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011.

“Selain itu, DBKL juga turut mengeluark­an dua notis kompaun bagi kesalahan mengambil atau menggajika­n pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana berniaga tanpa lesen,” katanya.

“263 premis diperiksa di sekitar ibu negara, malam kelmarin Dr Norhayati

 ?? ?? DALAM operasi, sebanyak 20 karton rokok dan 156 peket rokok tidak bercukai dirampas kastam.
DR Norhayati (kanan) menyertai operasi bersepadu yang berlangsun­g selama lima jam bermula 6 petang dengan disertai 220 anggota. - Gambar NSTP/GENES GULITAH
DALAM operasi, sebanyak 20 karton rokok dan 156 peket rokok tidak bercukai dirampas kastam. DR Norhayati (kanan) menyertai operasi bersepadu yang berlangsun­g selama lima jam bermula 6 petang dengan disertai 220 anggota. - Gambar NSTP/GENES GULITAH
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia