Harian Metro

Usaha tangani cubaan bunuh diri berhasil

-

Georgetown: Tiada kes bunuh diri dilaporkan berlaku di Jambatan Pulau Pinang dalam tempoh beberapa minggu kebelakang­an ini dan ia menunjukka­n usaha yang diambil untuk menangani isu tersebut membuahkan hasil.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata, rondaan kerap pihak berwajib termasuk pemantauan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berupaya mengawal insiden seumpama itu berulang, sekali gus tindakan sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera.

“Selepas pertemuan pelbagai agensi bagi menangani isu tersebut dengan agensi berkaitan turun padang diketuai Ketua Polis Pulau Pinang bulan lalu, sudah tiada lagi kita dengar kes sedemikian dilaporkan berlaku setakat ini.

“Antara langkah drastik diambil termasukla­h dengan memperbany­akkan rondaan dengan pihak bomba turut berganding bahu melakukan pemantauan terutamany­a membabitka­n kawasan hotspot di Jambatan Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui selepas program Signature Pusat Maklumat Rakyat di sini, semalam.

Dalam pada itu, Saadon berkata, ini kali pertama Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dijadikan lokasi penganjura­n program kesedaran yang turut membabitka­n Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Yayasan Bina Ilmu, Persatuan Melayu Pulau Pinang selain penduduk setempat.

Beliau berpendapa­t pemilihan topik Risiko dan Kesedaran Jenayah Siber yang diketengah­kan dalam program tersebut dekat di hati masyarakat, sekali gus dapat membina ekosistem dalam talian yang lebih selamat di samping mendidik orang ramai supaya bertanggun­gjawab menggunaka­n media sosial.

 ?? ?? RONDAAN kerap pihak berwajib termasuk pemantauan sistem CCTV berupaya mengawal insiden bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang.
RONDAAN kerap pihak berwajib termasuk pemantauan sistem CCTV berupaya mengawal insiden bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang.
 ?? ?? SAADON
SAADON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia