Harian Metro

Tunggu hujah sebelum buat keputusan

Bicara 37 pertuduhan rasuah, ubah wang haram babit bekas Exco Johor, dua lagi ditangguh

- Oleh Izz Laily Hussein am@hmetro.com.my

Mahkamah Sesyen di sini, semalam menangguhk­an keputusan kes dihadapi bekas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi dan anak lelakinya serta seorang perunding hartanah yang menghadapi 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram ke 7 Ogos depan.

Penangguha­n diputuskan Hakim Kamarudin Kamsun ketika prosiding yang sepatutnya ditetapkan untuk keputusan di akhir kes pembelaan itu, semalam.

Dalam penghakima­nnya, Kamarudin berkata, masih ada beberapa hujahan daripada pihak terbabit yang belum diterima sebelum sesuatu keputusan dibuat.

“Masih terdapat beberapa hujahan belum dibuat dan saya perlu dengar hujahan terbabit sebelum membuat keputusan.

“Maka, saya tidak boleh buat keputusan pada hari ini (semalam) dan keputusan ditetapkan ke satu tarikh baharu,” katanya.

Mendengar penghakima­n itu, peguam yang mewakili Abd Latif, 56, dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim, 30, iaitu Datuk Salehuddin Saidin memohon budi bicara mahkamah untuk mendengar beberapa hujahan daripada pihak pembelaan yang ingin membuat beberapa klarifikas­i berhubung kes itu.

Prosiding turut mendengar beberapa hujahan dari pihak pendakwaan yang dikendalik­an Timbalan Pengarah I, Bahagian Perundanga­n dan Pendakwaan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddi­n Wan Ladin bersama barisan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mahadi Abdul Jumaat.

Selain Salehuddin, Abd Latif dan Ahmad Fauzan turut diwakili Datuk Hasnal Rezua Merican, manakala Amir Shariffudd­in diwakili Khairulazw­ad Sariman.

Abd Latif, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffudd­in Abd Raub, 49, pada 14 Jun 2017, didakwa atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan membabitka­n pengubahan wang haram RM35.7 juta dan masing-masing mengaku tidak bersalah.

Kamarudin pada 21 April 2019 melepas dan membebaska­n ketiga-tiga mereka selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie.

Bagaimanap­un, pada 7 November 2021, Mahkamah Tinggi mengarahka­n bekas Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri itu dengan dua yang lain terbabit membela diri selepas Hakim Datuk Abu Bakar Katar memutuskan Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam keputusann­ya itu.

Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan membabitka­n rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) akta sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) serta Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

‘ Masih terdapat beberapa hujahan belum dibuat dan saya perlu dengar hujahan terbabit sebelum membuat keputusan”

Kamarudin

 ?? ?? ABD Latif (kanan) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
ABD Latif (kanan) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
 ?? ?? LAPORAN Harian Metro, 22 April 2019.
LAPORAN Harian Metro, 22 April 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia