Harian Metro

71,833 kes jenayah komersial catat kerugian RM5.2b

-

Johor Bahru: Sebanyak 71,833 kes jenayah komersial dilapor membabitka­n nilai kerugian berjumlah RM5.2 bilion sepanjang 2020 hingga Mei lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 48,850 kes atau 68 peratus merupakan jenayah penipuan dalam talian dan bagi tempoh sama, sejumlah 26,213 kes yang dilapor didakwa di mahkamah.

“Angka besar ini perlu diberi perhatian untuk memastikan ia dikawal supaya orang awam tidak lagi terjebak atau terpedaya dengan jenayah dalam talian.

“Kempen perlu diadakan untuk mengemas kini pengetahua­n mengenai modus operandi pihak scammer dan memberi kesedaran khususnya kepada syarikat korporat, warga emas, penjawat awam serta pesara,” katanya.

Acryl Sani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia 2022 di sini, kelmarin.

Katanya, kes penipuan pembelian e-dagang mencatat peningkata­n daripada 8,851 kes pada 2020 kepada 9,569 tahun lepas manakala setakat Mei tahun ini, 3,833 kes direkodkan.

Berhubung penipuan membabitka­n Love Scam, Acryl Sani berkata, kes mencatat penurunan iaitu daripada 1,580 kes pada 2020 kepada 1,460 tahun lepas dan daripada Januari hingga Mei tahun ini (361 kes).

“Bagi Macau Scam pula, 2,254 kes direkodkan pada 2020 menyaksika­n penurunan kepada 1,586 pada 2021 dan meningkat kepada 1,612 kes setakat Mei tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan internet secara meluas dan sektor ekonomi sejak pandemik Covid-19 menyebabka­n ramai terdedah kepada sindiket penipuan itu.

Katanya antara cabaran dihadapi polis untuk melakukan siasatan ialah apabila mangsa malu membuat laporan kerana tidak mahu masyarakat tahu mereka menjadi mangsa penipuan dan merasakan tidak berbaloi untuk membuat aduan.

“Bagi Macau Scam pula, sebanyak 2,254 kes direkodkan pada 2020 Acryl Sani

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia